Insiden Anak Istimewa Dimaki Di Sebuah Restoran, Hati Edry KRU Berparut Sepanjang Hayat - “Saya Terpaksa Cakap Anak Saya Gila”
Tinggal Parut Dalam Ingatan
Menurut Edry, tujuan dia berkongsi insiden tersebut di media sosial bukanlah untuk memalukan beberapa pihak namun hanya mahu masyarakat peka dengan situasi seseorang yang bergelar anak istimewa atau orang kelainan upaya (OKU).
“Untuk melihat seseorang kena maki macam halau anjing sebab dia hanya nak minum, bagi saya ia bukanlah layanan yang sepatutnya. Tak perlu juga panggil pengawal keselamatan.
“Kalau ambil minuman, bayar sajalah. Saya terpaksa cakap anak saya 'gila' supaya mereka lebih faham,” katanya kepada pemberita.
Berbeza Dengan Penerimaan Masyarakat Luar
Dalam masa sama, trio kumpulan KRU itu turut berkongsi pengalaman dia dan keluarga menghadapi situasi sama ketika di Manchester dimana penerimaan berbeza daripada masyarakat.
"Ia berbeza di luar negara. Ketika saya dan isteri naik tram di Manchester, Emery pula buat perangai dan ada seorang pakcik datang dan marah pada saya supaya jangan berkasar pada anak kami itu," katanya
Terdahulu, Edry berkongsi sebuah video memohon orang ramai memberi ruang untuk golongan istimewa menikmati kehidupan normal kerana ada kala mereka bertindak di luar kawalan tanpa mengetahui apa dilakukan sebenarnya salah.