Laman Utama
Instagram Sekat Madonna: “Saya Tak Ada Kemas Kini Benda ‘Gila’”
Nampaknya platform media sosial seperti Instagram benar benar tak peduli siapa dan apa status anda. Perdana menteri kah, peguam kah, sehingga penghibur, platform ini berhak untuk menyekat atau blocked penggunanya jika dianggap keterlaluan.
Terkini, pesohor Hollywood, Madonna telah disekat dari Instagram. Ironi bintang sensasi itu seharusnya berinteraksi bersama penggemar dalam siaran langsung Insta Story miliknya.
Menerusi laporan Metro.uk, pelantun The Hung Up itu tidak menyedari dirinya disekat sekurangnya satu minggu kerana telah melanggar peraturan penggunaan media sosial.
Madonna, 63, sering memuat naik foto seksi malah bogel. Itulah sebabnya dia disekat oleh Instagram.
Instagram mengeluarkan amaran kepada Madonna dengan mendakwa ‘Kemas kini terdahulu anda telah dihapuskan kerana melanggar panduan Community Guidelines. Jadi video anda telah disekat.’
Memberi respon terhadap dirinya yang disekat, Madonna mengatakan: “Selama ini pun saya tak pernah pakai baju yang ‘banyak’ (menutup tubuh).”
Kesal dengan apa yang berlaku, Madonna berjanji akan bertemu dengan peminatnya secepat mungkin sebaik dirinya kembali mendapat akses untuk bersiaran secara langsung.
“Saya tak pasti kenapa tapi mereka tidak memberitahu sebab mereka menyekat saya.
“Ia cukup aneh, saya tidak ada mengemas kini sesuatu yang ‘gila’ baru baru ini, atau lebih tepat dalam minggu terdekat ini. Memang pelik,” katanya lagi.