Hiburan
Ippo Hafiz Perjelas Dakwaan Lari Anak Kedua - “Saya Beritahu Isteri Buat Masa Ini Biar Saya Jaga”
Tidak mendiamkan diri susulan dakwaan melarikan anak kedua, penyanyi dan komposer, Ippo Hafiz tampil memberikan penjelasan.
Ippo menerusi hantaran di Insta Story miliknya menjelaskan dia tidak mempunyai halangan sekiranya isteri, Fara Roslan mahu bertemu dengan anak keduanya.
Isteri sedia maklum
Malah kata Ippo, isterinya juga sedia maklum bahawa anak keduanya itu ada bersama dengannya.
“Dah lama saya ingin nyatakan, kes saya dan isteri masih berjalan di mahkamah dan masih belum ada apa-apa diputuskan oleh mahkamah termasuk hak jagaan anak.
“Anak pertama pada isteri, anak kedua bersama dengan saya. Saya juga telah memberitahu isteri, buat masa ini biarlah saya jaga anak kedua.
“Kita selesaikan dahulu semuanya di mahkamah. Di situ tempat yang adil. Saya tiada halangan untuk isteri jumpa anak, tapi saya dimaklumkan untuk dia mengambil anak kedua saya,” jelasnya.
Mohon hentikan tomahan
Dalam pada itu, Ippo juga memohan agar pihak tidak nertanggungjawab menghentikan segala tomahan mengarut dan mengikut undang-undang yang telah ditetapkan oleh mahkamah.
“Banyak kenyataan dikeluarkan seolah saya tidak ada sifat bertimbang rasa. Peguam saya telah memberikan notis supaya pihak-pihak yang membuat tomahan terhadap saya berhenti membuat tomahan terhadap saya.
“Biarlah mahkamah yang memutuskan perkara ini dari menggunakan sosial media untuk melepaskan perasaan.
“Hal ini saya dan isteri sahaja yang tahu. Saya sehingga kini mash menjaga aib dan juga keluarga. Dia masih isteri saya (bukan bekas isteri).
“Tugas dia sebenar-benar adalah jaga maruah suami. Saya harap anda semua menghormati dan mendoakan semuanya dipermudah,” tulisnya.
BERITA TRENDING: 4 Bulan Isteri Tak Balik Rumah, Ippo Hafiz Fail Tuntutan Nusyuz - “Sebagai Seorang Suami Memang Saya…”
Terdahulu, pada 12 Mac lalu, Ippo memfailkan tuntutan nusyuz terhadap Fara di Mahkamah Rendah Syariah Ampang selepas wanita itu tidak pulang ke kediaman mereka sejak November tahun lalu.
Bagaimanapun, isterinya tidak hadir ke prosiding tersebut dan mereka perlu datang ke mahkamah pada 23 April ini.
Untuk info, Ippo dan Fara mendirikan rumah tangga pada 24 Ogos 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki.