Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Iqbal Dedah DSV Wanita Pertama & Terakhir Yang Disentuh? Netizen Naik Hairan - "Dia Sentuh Apa Sampai Kena Kahwin?"

Amri Hassan 03/10/2021 | 16:05 MYT
Kemunculan usahawan viral Iqbal Zulkefli dalam sesi siaran langsung bersama Datuk Seri Vida dengan wajah masam mencuka baru-baru ini menarik perhatian ramai.
Tidak banyak petah bicara, Iqbal bagaimanapun mengejutkan lebih ramai pengikut akaun Instagram DSV atau lebih mesra disapa Vida apabila menulis komen yang mencurigakan.
Tulisnya; "DSV perempuan pertama dan terakhir yang saya sentuh. Sebab itu saya fikir untuk berkahwin. Kalian fikir sebab harta tapi DSV tak tunjukkan keseriusan."
Perkataan 'sentuh' kata netizen dirasakan kurang bersesuaian dalam konteks hubungan mereka yang bukan mahram, biarpun tanpa sengaja.
Menerusi tinjauan Gempak di beberapa platform media sosial yang tular dengan kisah pasangan itu, ramai yang menyifatkan ayat berkenaan tidak seharusnya digunakan Iqbal kerana boleh mendatangkan pengertian berbeza kepada orang ramai.
"Sentuh? Maksudnya making love? Astaghfirullahalazim. Aib ni," tulis seorang pengguna di Instagram.
"Boleh jelaskan maksud 'sentuh' tu?
"Sentuh? Touched? Tapi kenapa nak bagitahu orang ramai?
"Sentuh tang mana tu?
"Banyak makna ayat sentuh tu...
"Dia sentuh apa sampai kena kahwin? Dia kahwin sebab tu wanita pertama dia sentuh, aduyai. Apa berat sentuhan ni," tambah beberapa pengguna lain.
Dalam pada itu, ramai yang menasihati Vida agar menjauhkan diri daripada Iqbal demi menjaga reputasi dan maruah sendiri daripada terus dimalukan sedemikian.
"Berani je komen macam tu. Boleh datang fitnah. If I were Datuk (Seri Vida), I would not marry that guy.
"Kenapalah buat kenyataan yang menjatuhkan maruah DSV?" nasihat beberapa individu lain pula.
Sementara itu menerusi pendedahan di Instagram Stories, Iqbal memaklumkan mereka sudah tidak berhubung sejak dua minggu lalu selain pihaknya telah membatalkan tempahan hotel untuk majlis perkahwinan mereka.
"Cukup-cukuplah pergunakan masyarakat. Saya dengannya sudah dua minggu langsung tidak berhubung. Saya sudah batalkan segala tempahan dewan hotel.
"Kasihan, tidak hanya saya rasa dipermainkan malahan masyarakat juga jadi keliru," katanya.
Iqbal turut mendakwa Vida sanggup mencipta akaun TikTok Iqbal DSV dengan tujuan menunggang isu yang sedang sensasi untuk menjual produk.
Hubungan Vida dan Iqbal menjadi tumpuan ramai apabila dikatakan bakal bernikah pada Disember ini. Bagaimanapun, anak sulung kepada Vida, Cik B tidak merestui hubungan mereka.
#Kahwin #Viral #Datuk Seri Vida #Live #DSV #Vida #IG #Kosmetik #Usahawan #Iqbal Zulkefli #Sentuh
;