Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Iqbal Rajin Tuntut Ilmu, Tak Percaya 10 Guru Vokal Puji Suaranya - “Sedar Diri Tapi Saya Suka Belajar”

Mya Amri 22/10/2023 | 12:55 MYT
Usahawan kontroversi, Iqbal Zulkefli mengakui sebelum menjadi seorang penyanyi yang baik dia perlu mengambil inisiatif untuk belajar vokal secara konsisten.
Iqbal menerusi hantaran di ruangan IG story miliknya mengatakan dia sedar dirinya tidak memiliki suara yang lunak dan harus berusaha lebih keras untuk menceburi bidang seni.
“Jika saya betul-betul mahu menyanyi, sekurang-kurangnya saya perlukan lima tahun konsisten belajar.
“Itu pun bukan menjadi penyanyi professional seperti 'penyanyi sebenar'. Saya sedar diri tetapi saya seorang yang suka belajar.
“Sebenarnya, berapa peratus sahaja penyanyi rakaman berani menyanyi di pentas. Penyanyi pentas itu bakat yang jauh berbeza dengan penyanyi rakaman,” tulisnya.
Berkongsi pengalamannya belajar vokal, Iqbal berkata kesemua guru yang pernah ditemui memuji vokalnya kerana mempunyai karakter tersendiri.
“Cikgu Shafi puji saya punya fasih menyebut satu persatu perkataan dan jiwa kental saya. Cuma beliau tegur, saya terlalu banyak berfikir sehingga tidak dapat fokus.
“Satu lagi, mata saya terlalu cepat tangkap berbanding telinga. Memang betul, waktu di pentas mata saya nampak keseluruhan ibarat bulu hidung pun saya boleh nampak.
“Kesemua guru vokal yang saya jumpa dalam sepuluh orang, kesemuanya berkata saya boleh menyanyi.
“Saya pun semacam tidak percaya tetapi mereka semua professional lebih tahu menilai kan? Semua guru vokal berkata suara saya ada karakter / ciri khas," coretnya.
Terdahulu, Iqbal pernah menyertai program realiti Big Stage tahun lalu.
Bagaimanapun kemunculan Iqbal sebagai peserta ke-12 Big Stage mengundang rasa kurang senang netizen.
#Guru Vokal #Belajar #Vokal #Belajar Vokal #Iqbal #Iqbal Zulkefli
;