Laman Utama

iQiyi Jalin Kerjasama Dengan CITF, Bakal Beri Langganan VIP Percuma Untuk Yang Dah Terima Vaksin

Mya Amri
29/06/2021
13:20 MYT
Sponsor Banner
iQiyi Jalin Kerjasama Dengan CITF, Bakal Beri Langganan VIP Percuma Untuk Yang Dah Terima Vaksin
Peneraju penstriman hiburan Asia, iQiyi berganding bahu dengan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF).
Insiatif itu bertujuan untuk memperkasakan usaha imunisasi dalam menyokong agenda Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) iaitu mensasarkan pencapaian 70-80% imuniti kelompok pada penghujung 2021.
Menerusi program ‘iQiyi Bersama Rakyat Malaysia’, iQiyi akan bekerjasama dengan CITF melunaskan langganan VIP iQiyi bernilai RM1.5 juta kepada orang ramai di seluruh negara yang telah divaksin.
Dengan lebih 3,000 kandungan Asia di platform iQiyi International diberikan secara percuma, iQiyi melaksanakan tanggungjawabnya dalam menyokong CITF bagi mendorong peningkatan pendaftaran dan kadar kehadiran untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 melalui sokongan dan inisatif berasaskan ganjaran di seluruh tanah air.
Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, aspek penting bagi membendung penyebaran COVID-19 adalah kerjasama.
“Gandingan padu pihak kerajaan dan swasta dapat menyebarkan mesej yang kuat dan jelas bahawa semua pihak memainkan peranan dalam mencegah penyebaran COVID-19 dan mempromosi kesedaran awam mengenai vaksin COVID-19,” ujarnya.
Khairy juga turut menegaskan bahawa CITF telah memperluas usaha imunisasi secara signifikan dengan memastikan akses kepada lebih banyak dos vaksin yang akan membolehkan bekalan mencukupi di seluruh negara.
Pelaksanaan vaksinasi COVID-19 adalah disokong dengan membuka lebih banyak PPV termasuk PPV mega yang mempunyai kapasiti lebih besar untuk memberikan ribuan suntikan setiap hari dalam masa beberapa minggu akan datang.
Selain itu, PICK turut disokong oleh program pemberian vaksin yang disediakan menggunakan kemudahan pandu lalu.
Dalam pada itu, Pengurus Besar iQiyi Malaysia, Singapura dan Brunei, Dinesh Ratnam juga berbesar hati kerana diberi peluang untuk bersama-sama membantu.
"Kami tahu betapa sukarnya tahun lalu bagi seluruh rakyat Malaysia. Kami sangat berbesar hati kerana diberi peluang untuk bekerjasama dengan CITF dengan menghadiahkan langganan percuma kepada rakyat Malaysia yang telah menerima vaksin COVID-19.
“Kami ingin menghiburkan orang ramai dengan kandungan hebat Asia ketika mereka berada di rumah seterusnya menjadikan masa yang diluangkan sepanjang PKP 3.0 terasa lebih seronok dan tidak membosankan," jelasnya.
Di bawah merupakan cara-cara untuk melanggan VIP percuma:
Untuk butiran dan maklumat mengenai tawaran serta cara menebus baucar, log masuk ke: https://iqiyibersamarakyat.com/
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024