Laman Utama
Ira Kazar Makin Pandai Masak Selepas Kahwin Syamsul Yusof - "Sebenarnya Yang Masak Sotong Tu..."
Kakak kepada pelakon Ira Kazar iaitu Yasmin Kazar, 37, mengakui isteri pengarah sensasi Syamsul Yusof dan juga adiknya itu sudah semakin handal memasak terutama selepas mendirikan rumah tangga.
Mengulas mengenai masakan berasaskan sotong yang pernah tular sebelum ini, Yasmin mengesahkan ia memang masakan Ira Kazar, 27.
"Sebenarnya yang masak sotong tu memang Ira. Saya yang muat naik gambar masakannnya.
"Saya pujinya kerana hendak beri dia semangat juga.
"Ira sekarang dah semakin pandai masak sejak dia berumah tangga. Itu adalah perkara baik untuk dia," katanya kepada Gempak.
Yasmin berkata pujian tersebut diberikan sebagai pembakar semangat untuk dia terus belajar memasak.
"Sebenarnya saya dan dia malah adik beradik yang lain bukan yang pandai masak sangat pun sebelum ini.
"Kemudian lepas kahwin, masing-masing semakin pandai, itu adalah perkembangan baik juga," ulasnya lagi.
Terdahulu, Yasmin menerusi perkongsian di Instagram Stories (IG Story) memuat naik gambar sotong tumis yang dimasak Ira dan memuji hasil air tangan adiknya itu.
Sekadar info, Ira sah bergelar isteri kepada Syamsul pada 5 Januari selepas pengarah filem Mat Kilau itu berkongsi sednori berita berkenaan menerusi sepotong video di Instagramnya.
Susulan itu, Puteri Sarah yang masih isteri pertama Syamsul ketika itu bertindak menfailkan perceraian sebelum sah bercerai talak satu pada 14 Jun lalu.