UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Hiburan

Isha Norsham Sebak Rai Hari Jadi Bersama Penghuni Pertubuhan Kebajikan Nurhati - "Saya Menitiskan Air Mata Ketika ..."

Amri Hassan 04/02/2025 | 16:45 MYT
Penyampai Gempak Hit ERA, Isha Norsham raikan ulang tahun kelahirannya ke 29 dengan cara tersendiri di rumah Pertubuhan Kebajian Nurhati di Ampang Jaya.
Ini merupakan kali pertama Isha raikan hari lahirnya dengan penghuni di rumah berkenaan yang rata-rata mereka terdiri daripada anak-anak kecil.
Istimewanya rumah ini kerana mereka sentiasa memberi perhatian penuh dengan kebajikan anak-anak tersebut.
“Saya rasa sebak dan pada masa yang sama tenang kerana dapat meraikan ulang tahun kelahiran bersama dengan mereka. Rata-rata mereka mengalami masalah yang berbeza-beza namun mereka sangat cekal untuk meneruskan hidup untuk di masa hadapan yang lebih baik.
“Ia juga menyentuh hati saya selepas terdapat seorang kanak-kanak dilahirkan buta namun dia sangat tenang dan sabar menerima dugaan seumpama itu. Saya akui saya menitiskan air mata melihat kanak-kanak itu kerana semangatnya itu sangat luar biasa.
“Di ulang tahun kelahiran saya yang ke-29, saya ingin berkongsi rezeki dengan mereka dan meraikannya bersama-sama. Sekurang-kurang dapat mengembirakan hati mereka dan saya juga boleh eratkan hubungan sesama insan terutama dengan Warga Pertubuhan Kebajikan Nurhati,” ujarnya.
Dalam pada itu, Isha juga mempunyai hasrat tersendiri untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik mengikut kemampuannya.
“Insha Allah, saya mempunyai perancangan lain untuk melawat atau membantu rumah kebajikan lain. Apa-apa pun saya berharap Warga Pertubuhan Kebajikan Nurhati dipermudahkan segala urusan dan dilindungi oleh-Nya," tambahnya.
Segmen GEMPAK Hit ERA bersama Isha akan ke udara setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 1-4 petang dengan lagu-lagu hit tempatan dan antarabangsa. Semuanya dimainkan atas permintaan anda!
Ikuti Isha di media sosial (Instagram, Twitter dan Facebook) Anda juga boleh mendengar ERA melalui aplikasi telefon pintar iPhone, Android atau pun melalui pemain DVR di laman web ERA.
#Penyampai radio #Era FM #Hari Jadi #Hos #Isha Norsham #Rumah Kebajikan
;