Laman Utama
Issey ‘Tukar Angin’ – Bergandingan Dengan Shah Di GEGAR Pagi!
Pelakon dan pelawak Issey Fazlisham kini bergelar penyampai radio nombor 1 di Pantai Timur, Gegar fm.
Issey yang memulakan tugasnya semalam di segmen pagi ‘GEGAR Pagi bersama Shah dan Issey’berkata, dia teruja menanti maklum balas pendengar.
“Alhamdulillah, walaupun bidang ini bukan baharu buat saya, tetapi saya tetap gementar dan pada sama teruja menyertai keluarga baru ini.
“Terima kasih Gegar fm kerana memberi kepercayaan ini kepada saya. Saya akan memikul tanggungjawab yang diamahkan ini sebaik-baiknya,” kata Issey kepada Gempak.
Issey akan merancakkan suasana pagi di Gegar dengan celoteh, buah fikiran dan perkongsian menarik bersama Shah, dan juga dimeriahkan dengan variasi program-program baharu di waktu pagi.
Para peminat boleh mendengarkan ‘GEGAR Pagi bersama Shah dan Issey’, setiap Ahad hingga Khamis, 6 hingga 10 pagi, dengan pelbagai program baharu berunsur santapan minda, sesi bual bicara dan perkongisan santai, termasuk:
- Tadarus Pagi, bacaan Al Quran yang diperdengarkan selepas waktu solat Subuh.
- Dikir Netizen, perkongisan topik dan isu semasa yang mendapat perhatian peminat di luar dan di platform media sosial.
- Mari Nnakir, sesi perkongsian pendapat dan bual bicara bersama peminat.
- Bbadi Dang, berhibur bersama peminat untuk permainan ‘siapa cepat’ dengan pelbagai topik menarik.
- Kongsi Rasa, ruang untuk peminat berkongsi cerita, masalah serta menerima pandangan daripada Shah dan Issey.
Pendengar juga boleh menikmati segmen ‘GEGAR 10-3’, yang kini akan dikendalikan oleh Mek Zura, setiap Ahad hingga Khamis, dari 10 pagi hingga 3 petang.
‘GEGAR 10-3’ akan mempersembahkan pengisian baharu termasuk perbincangan topik-topik berkaitan wanita, tips keibuan, berkongsi resepi masakan, dan sebagainya seperti:
- Kisah Rumahtangga, peminat boleh berkongsi tentang gelagat pasangan selepas berumah tangga dan perkara yang dilalui untuk panduan bersama.
- Susah Ke Masak?, Mek Zura berkongsi resepi dan tips memasak bersama peminat.
- Aku Nyanyi Untukmu, peminat diberi peluang untuk menyanyi dan lagu tersebut boleh disampaikan kepada keluarga dan sahabat.
- Busy Apa Hari Ini?, peminat boleh berkongsi cerita dan aktiviti yang dilakukan disepanjang hari bersama Mek Zura.
- Lagu Oversea, pilihan lagu antarabangsa yang ditentukan oleh peminat berdasarkan undian yang dibuat menerusi Instagram GEGAR.
- Busker Malam, peluang buat kumpulan ‘busker’, artis baharu, dan artis tempatan untuk mengetengahkan bakat.
- Kelas Malam, sesi perkongsian selain pembelajaran secara santai antara pendengar berkaitan topik muzik, sukan, gaya hidup, hiburan dan banyak lagi.
- Game Apa Malam Ini?, Scha akan berinteraksi bersama pemain-pemain e-sukan di Pantai Timur dan bertanya tentang selok-belok dalam permainan.
Untuk maklumat lanjut tentang personaliti baharu dan pengisian terkini GEGAR, layari www.gegar.my atau ikuti GEGAR di platform media sosial seperti di bawah.