Issey Turunkan Berat Badan 12 Kg Bukan Sebab Nak Nampak Kacak, Tapi... - “Apa Boleh Pantang, Kita Pantanglah”
Penyampai radio Gegar, Issey Fazlisham menegaskan yang dia mengambil inisiatif menurunkan berat badan dan menjaga pemakanan bukan kerana mahu tampil kacak, tetapi untuk mengelakkan penyakit-penyakit tiga serangkai.
BERITA TRENDING: Isu 'Sailang' Bekas Kekasih BFF, Cupcake Aisyah Akhirnya Bersuara! - "Saya Tak Pernah Jalinkan Hubungan Dengan ..."
“Saya mula jaga makan dan mengamalkan gaya hidup sihat selepas mendapati kolestrol saya tinggu. Bila dapat tahu kolestrol berada di paras yang tidak normal, saya jadi takut sampai menggigil.
“Termenung sekejap sebab mak ayah ada penyakit keturunan seperti kencing manis, darah tinggi dan masalah jantung. Cuma saya belum sampai ke tahap yang perlu makan ubat. Jadi bila dapat tahu kolestrol tinggi, saya mula motivate diri saya untuk diet dan jaga pemakanan serta tidur,” katanya kepada Gempak.
BERITA TRENDING: "Cukup-Cukuplah Kontroversi!" - Sophia Albarakbah Buka Buku Baharu 2024, Fokus Filem Jiwa 8 Belas
Issey menambah, sebagai seorang lelaki yang bergelar suami dan bapa, dia berkata yang penjagaan kesihatan itu amat penting.
“Apa yang boleh pantang, pantanglah. Kita lelaki, banyak tanggungjawab. Kalau kita sakit dan down, siapa nak bagi makan untuk anak-anak?” tutupnya.