Hiburan
Isteri Along Cham Menunggu Panggilan Dari Penjara Untuk Waktu Melawat - “Saya Hormat Keputusan Pihak Berkuasa Kerana…”
Isteri kepada pelawak Along Cham iaitu Afreena Suhaimi memberitahu dia kini menunggu panggilan dari pihak penjara untuk memberi kebenaran bertemu dengan suaminya.
BERITA BERKAITAN: "Tak Kisah Apa Orang Cakap, Saya Akan Sentiasa Berada Di Sisi" - Isteri Along Cham
BERITA BERKAITAN: Siasatan Kes Along Cham Telus, Ikut Peruntukan Undang-Undang - Polis
Masih berusaha memastikan supaya suaminya itu akan kembali semula ke pangkuan keluarga, Afreena berkata dia menghormati pihak berkuasa dan akan mematuhi prosedur yang ditetapkan.
"Saya masih tunggu lagi pihak penjara telefon saya untuk beri keizinan waktu dan masa untuk berjumpa dengan suami.
"Saya hormat keputusan pihak berkuasa kerana saya faham ini adalah prosedur dia. Tetapi masa sama saya pun akan siapkan dokumen lengkap untuk mudahkan saya melawat dia (suami) andai dibenarkan,” katanya kepada Gempak.
Tidak mahu berputus asa, Afreena tetap dengan pendirian akan memastikan suami tercinta dibebaskan dalam waktu yang sesuai.
"Hampir dua jam saya diberi ruang berjumpa suami. Saya selalu cakap, saya akan pastikan dia keluar.
"Saya nak dia keluar. Itu sahaja," katanya," katanya sugul.
Along didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (2) akta sama.
Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau suatu tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan sebat maksimum 10 sebatan.
Sebelum ini, Along Cham mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas satu pertuduhan memiliki dadah jenis ganja dengan anggaran berat 58.23 gram.
Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Ahmad Fuad Othman.
Hakim sebelum ini tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan prosiding serahan laporan kimia pada 27 Januari tahun depan.
Along didakwa ada dalam milikannya, bahan disyaki dadah berbahaya jenis kanabis anggaran berat 58.23 gram, di sebuah rumah di Cyberjaya pada jam 3.10 petang, 14 Disember lalu.
Dalam serbuan berkenaan, polis turut menemukan dua peket plastik berisi daun kering disyaki ganja seberat 60.3 gram dan selebriti itu juga disahkan positif dadah jenis Tetrahydrocannabinol (THC).
Must-Watch Video