Isteri Aril Pilus Kongsi Pengalaman Ditidurkan Lepas Bersalin - “Mama Kata Air Mata Mengalir Walaupun…”
Isteri kepada penyanyi Aril Pilus iaitu Puteri Erma Adlina Megat Aminuddin berkongsi kisah sedih apabila terpaksa ditidurkan selepas menjalani pembedahan pembuangan fibroid dan rahim.
Pembedahan itu dilakukan selepas Puteri selamat melahirkan cahaya mata kedua pada Selasa.
Puteri berkongsi perkara itu menerusi hantaran terbaharu yang di muat naik di akaun Instagram miliknya.
Menurut Puteri, ketika ditidurkan, air matanya mengalir selepas ibu mentuanya berbisik supaya dirinya terus kuat demi anak-anak dan suami.
“Pengalaman ditidurkan masa dekat ICU. Saya memang tak sedar apa-apa tapi mama, mak @arilpilus datang tengok saya dekat ICU memang wayar berselirat seluruh badan wayar oksigen masuk tekak terus ke paru-paru.
“Mama cerita mama bisik dekat telinga saya, cakap kena kuat suami dan anak anak tunggu mommy sedar dan balik!
“Mama cakap waktu itu keluar air mata saya walaupun kita tak sedar. Esoknya 7.45 pagi doktor kejut tapi memamg blurring tak tahu dekat mana.
“Tau tau apasal tak boleh cakap. Tak lama tu doktor cakap nak cabut oksigen dekat tekak yang terus bersambung dekat paru paru.
“Ya Allah antara hidup dan matinya. Panjang nyawaku Ya Allah. Demi anak anak dan suami, kuat demi anak anak suami sebab mereka masih perlukan ku,” kongsinya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan IG story, Puteri juga berkongsi keadaan terkini dirinya dan juga cahaya mata kedua.
“Hari keenam di hospital, belum boleh balik lagi. Banyak lagi doktor nak observe. Kuatkan semangat lagi cepat baik, boleh balik rumah. Abang Mikael dah tak sabar nak jumpa adik dia.
“Hari ini baby dah tak duduk bawah lampu lagi dah. Mommy keep breastfeeding. Alhamdulillah dua hari je dengan mommy doktor dah suruh tak payah pakai dah lampu biru.
“Kesian dia kesejukkan duduk dalam tu gigil gigil dia. Pagi tadi doktor dah observe baby, dia dah okay. Dia pun selesa tidur berbedung.
“Macam baru dapat tidur puas , baby we can do this, teman mommy dekat hospital okay,” coretnya.
Aril sebelum ini memaklumkan isterinya tidak berada dalam keadaan stabil sejurus melahirkan anak kedua mereka dan mengalami pendarahan akibat daripada ketumbuan fibroid.
Disebabkan itu juga, Puteri terpaksa berada di unit rawatan rapi (ICU) untuk pemantauan.
Untuk rekod Aril dan Erma mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2013 dan mereka juga memiliki seorang anak lelaki iaitu Tun Adriel Mikael yang kini berusia lapan tahun.