Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Isteri Bakar Suami Ketika Sedang Tidur Sebab Kedekut Tak Nak Belikan Buku Sekolah Anak

Izwan Isa 15/08/2023 | 02:50 MYT
Seorang wanita asal Kecamatan Sungai Kakao, Kabupaten Kubu Raya, Kalimantan Barat, Indonesia nekad membakar suaminya yang sedang lena tidur.
Hal tersebut berlaku selepas si suami enggan memberikan duit kepada wanita berkenaan bagi membeli buku sekolah untuk anaknya. Bahkan, wanita tersebut dihambur dengan kata-kata yang kasar.
Akibat daripada kejadian itu, mangsa mengalami luka pada badan sebanyak 60 peratus.
Ketua Polis Kubu Raya, Ade Ardiansyah berkata, kejadian tersebut berlaku di sebuah kandang lembu dekat daerah Kubu Raya pada 6 Ogos lalu.
“Disebabkan terlalu emosi, si isteri menyiram suaminya dengan minyak petrol. Pada awalnya, si isteri hanya mahu menggertak suaminya. Tetapi, situasi menjadi genting apabila si suami berkata, bakarlah cakap jangan sahaja,” katanya Ade.
Tidak menunggu lama, si isteri menyalakan mancis dan membakar mangsa. Ketika itu, mangsa berteriak meminta tolong sambil menuju ke kolam untuk memadamkan api.
“Dalam keadaan panik, si isteri menarik suaminya yang sedang terbakar ke dalam kolam dan seterusnya membawa mangsa ke pusat kesihatan untuk mendapatkan pertolongan,” katanya lagi.
“Dalam keadaan panik, pelaku menarik korban dari dalam kolam dan langsung membawanya ke Puskesmas untuk mendapatkan pertolongan,” terang Ade.
Ade kemudian memberitahu yang mangsa masih mendapatkan rawatan intensif di hospital sementara si isteri dalam siasatan polis.
Sumber: Kompas
BACA: Isteri Mati Dibakar Gara-Gara Tolak Ajakan Suami Untuk Bersetubuh Ketika Sedang Lipat Baju​
#Indonesia #Suami #Isteri #Bakar
;