Laman Utama

Isteri Caprice Selar Netizen Yang Komen Buruk Tentang Shuib, Watie – “Ramai Ada Penyakit Hati, Tak Boleh Tengok Orang Bahagia”

Mya Amri
29/06/2023
09:50 MYT
Sponsor Banner
Isteri Caprice Selar Netizen Yang Komen Buruk Tentang Shuib, Watie – “Ramai Ada Penyakit Hati, Tak Boleh Tengok Orang Bahagia”
Isteri kepada penyanyi rap, Caprice iaitu Farra Inalis terkejut melihat komen-komen netizen terhadap pasangan pengantin baru, Shuib dan Watie Hanifiah.
Menurut Farra atau lebih mesra dengan panggilan Elis, dia hairan mengapa masih ada segelintir netizen seperti tidak suka melihat kebahagiaan orang lain.
Malah komen-komen yang diberikan kepada Shuib dan Watie juga seolah-olah melampaui batas.
“Makin hari makin ramai yang ada penyakit hati, tak boleh tengok kebahagiaan orang lain… Elis baru terbaca komen-komen Shuib dengan Watie.
“Kesian dia tak pasal-pasal orang nak bandingkan Watie dengan arwah... Lepas tu ada yang komen lucah-lucah,” tulisnya.
Dalam hantaran yang sama juga, Elis menasihatkan lebih baik berdiam diri sekiranya tiada kata-kata positif untuk diperkatakan.
“Alahai duduk diam-diam kalau tak ada benda baik nak cakap, jaga diri sendri, doa untuk diri sendiri, cermin diri sendri dulu sebelum nak judge orang.
“Apa dia nak buat itu urusan dia, tahun 2023 dah ni. Dah dah lah duduk bawah tempurung, buka minda jadi orang yang lebih positif sikit.
“Mind your own business, mendoakan lebih baik dari mengata,” tegasnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Gembira Shuib Bertemu Jodoh, Bapa Arwah Siti Sarah Pesan - “Jaga Perasaan Isteri Seperti Mana Layan Arwah Dulu"
Untuk info, pasangan Elis dan Caprice mendirikan rumah tangga pada November 2021.
Elis juga merupakan seorang ibu tunggal dan memiliki seorang anak perempuan, Aleesya Sofea daripada perkahwinan terdahulu.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar