Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Viral

Isteri Cikgu Din Meninggal Dunia, Reaksi Netizen Bercampur Baur Kenang Kisah Permohonan Pertukaran Penempatan Ditolak… Ulang Alik Sarawak-Kota Bharu

Khairil Khusyairi 03/12/2024 | 06:27 MYT
Isteri kepada guru yang dikenali sebagai Cikgu Din yang menghidap barah tulang rawan tahap empat dilaporkan meninggal dunia, malam tadi.
Isteri Cikgu Din atau nama sebenarnya Mohammad Izzudin Izhar, 34, iaitu Nur Atiqah My Yusoff, 30, menghembuskan nafas terakhir jam 9 malam, di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu.

Netizen Bercampur Baur

Menjengah ke media sosial,rata-rata waganet mengucapkan ucapan takziah kepada Cikgu Din atas kehilangan isteri tercinta.

“Agak kecewa juga la bila baca kisah ni dari haritu,” komen seorang netizen.

“Ada sebab kenapa kebanyakan cikgu minta tukar balik dan tolong la kesian sikit kat cikgu-cikgu ni,” tulis netizen lagi.

“Sistem ini rasanya boleh digubal, atau dibaik pulih, mungkin susuah nak transfer, carilah cara terbaikuntuk kes-kes urgent macam ni. Teraniaya orang,” luah seorang netizen.

“Sedih baca, di luah mati bapa, ditelan mati anak,” komen netizen sedih.

Terdahulu, kisah Cikgu Din yang diuji dengan masalah kesihatan isterinya yang menghidap barah tular di media sosial
Cikgu Din yang mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Ming Wok, Kanowit, Sarawak terpaksa berulang-alik setiap dua minggu ke Kelantan untuk menguruskan Nur Atiqah.
Difahamkan, Cikgu Din sudah membuat permohonan untuk pertukaran ke Semenanjung namun permohonan tersebut ditolak sebelum Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberinya cuti untuk berada disisi isterinya.

#Meninggal Dunia #Kanser #Isteri #Guru #Cikgu Din #Pertukaran Penempatan
;