Berita
Isteri Ditikam Bertubi-Tubi Hingga Mati Kerana Bercakap Dengan Lelaki Lain
Seorang wanita maut selepas ditikam bertubi-tubi oleh suaminya hanya kerana cemburu mendengar mangsa bercakap dengan lelaki lain menerusi panggilan telefon.
Kejadian menyayat hati itu berlaku di Desa Ayula, Kecamatan Randangan, Pohuwato, Indonesia pada Ahad lalu sekitar jam 4 petang waktu tempatan.
Ketua Seksyen Hubungan Masyarakat Ibu Pejabat Polis Pohuwato, AKP Hanny Dayoh berkata, mangsa dikenali sebagai CD, 38, meninggal dunia di lokasi kejadian.
"Pelaku, Ulfan, 48, menikam mangsa berkali-kali (lapan kali) di bahagian dada, hingga menyebabkan berlaku pendarahan yang serius," katanya kepada wartawan pada Isnin lalu.
Susulan kejadian itu, katanya beberapa penduduk membuat laporan polis di balai polis Pohuwato.
BERITA BERKAITAN: Lelaki Tikam Rakan, Tersinggung Lagu Dinyanyikan Seperti Menyindir
BERITA BERKAITAN: Laporan Cap Jari Tidak Sepadan Dengan Suspek Tikam Saif Ali Khan
BERITA BERKAITAN: Parah Ditikam Pisau, Saif Ali Khan Dibenar Keluar Hospital
BERITA BERKAITAN: Tikam Bapa Tiri Selepas Bertengkar Cara Goreng Telur
"Pihak polis kemudiannya langsung ke lokasi kejadian, tidak berapa lama kemudian pelaku datang sendiri ke balai untuk menyerah diri," katanya lagi.
Pelaku kini sedang menjalani proses hukuman.
Sumber: Sinar Harian