Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Isteri Fad Bocey Hamil Anak Kelima, Alami ‘Morning Sickness’ Teruk - “Dalam Kereta, Dekat Kedai Makan, Depan Rumah…”

Asyikin Mayudin 17/04/2023 | 02:57 MYT
Isteri kepada pelawak Fad Bocey iaitu Syaheera Rahman berkongsi berita gembira apabila dia kini sedang hamil cahaya mata kelima.

Syaheera menerusi perkongsian video di TikTok miliknya turut mendoakan agar Allah turut meniupkan malaikat kecil menjadi penghuni rahim pasangan lama yang menantikan zuriat.

“Ingat empat rupa-rupanya lima. Rezeki anak kita percaya. Kepada sesiapa yang menantikan zuriat, semoga Allah tiupkan malaikat kecil menjadi penghuni rahim kalian,” kongsinya.

Manakala menerusi Instastory pula, Syaheera memuat naik video memperlihatkan seorang wanita mat saleh yang berdepan ‘morning sickness’ yang teruk sepertinya.

“Sama seperti saya lepas test tu jadi double line kalau tak scan tak buat test elok pula tapi sudah tentu la kita kena buat test to extra careful.

“Makanya lama menyepi sebab ni la. Dalam kereta, dekat kedai makan, depan rumah apatah lagi dalam toilet. Lagi la bwek,” katanya lagi.

rata-rata netizen turut mengucapkan tahniah dan mendoakan agar Fad dan isteri dipermudahkan segala urusan sepanjang kehamilan.

Untuk rekod, Fad berkahwin Syaheera pada 14 Mac 2015 dan mereka sudah dikurniakan empat cahaya mata Favian Adrazin Hayyan, Favian Adrazin Zayyan, Nur Aminah Mishall dan Ibrahim Jibriel Mohamad Fadzlie.

#Fad Bocey #Fad #Isteri Fad hamil #Syaheera
;