Hiburan

Isteri Jadi ‘Alarm Clock’ Aaron Aziz, Sentiasa Ingatkan Supaya Tidak Balas Komen Negatif

Asyikin Mayudin
20/05/2024
03:55 MYT
Sponsor Banner
Isteri Jadi ‘Alarm Clock’ Aaron Aziz, Sentiasa Ingatkan Supaya Tidak Balas Komen Negatif
“Kalau tanya kenapa dia tak bersuara untuk Palestin itu, saya tak tahu apa nak cakap sebab saya pun tak tahu kenapa dia tak bersuara… atau pun mungkin dia bersuara tapi bukan dalam sosial media,” kata pelakon Datuk Aaron Aziz berhubung isu gerakan Blockout 2024.

Puji Blockout 2024 Di Luar Negara

Bagaimanapun, Aaron memuji Blockout 2024 di luar negara yang membuatkan orang bukan Islam juga turut serta menyokong gerakan tersebut.
“Lihat di negara luar bila ada orang non-muslim juga sokong gerakan ini, saya rasa wow… ia sangat bagus.
“Bila gerakan itu berlaku di sini, saya tak ada apa nak komen. Biarlah orang nak cakap apa kan. Apa saja yang kita lakukan, at the end of the day, between you and Allah,” katanya kepada Gempak.

Isteri Selalu Beri Peringatan

Dalam pada itu, pelakon filem Sheriff ini memberitah isterinya, Datin Diyana Halik sentiasa mengingatkan dirinya agar membiarkan sahaja komen netizen yang menulis perkara tidak baik.

“Saya pun kadang-kadang geram juga bila tengok ada orang komen bukan-bukan, tapi isteri saya selalu mengingatkan saya… she is my big alarm clock.

“Dia selalu cakap ‘kenapa you nak layan semua ini, orang ada hak untuk bercakap’. Saya selalu nasihat kepada pendatang baharu, ada yang tanya macam mana saya bawa diri dalam bidang macam ini.
“Saya cakap, kalau masuk bidang ini, nak orang puji, siapa yang tak nak dipuji… semua orang nak, tapi you kena terima tiba masa orang nak kritik atau kutuk, you kena terima sebab tak semua orang suka you.
“Sebab lagi you balas, ada saja netizen yang menjawab dan benda itu tak berakhir. Jadinya, you cipta satu ruang untuk peminat dan netizen bergaduh,” ujarnya.
Aaron ditemui ketika malam gala tayangan filem lakonannya bertajuk The Experts di TGV, Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Selepas filem Sheriff yang masih ditayangkan mendapat sambutan yang luar biasa, Astro Shaw bakal tampil dengan satu lagi karya agung menerusi filem The Experts.
Filem aksi heist, The Experts terbitan oleh penerbit filem pecah panggung Astro Shaw bersama ZAK Capital dan TGV Pictures bersedia untuk temui penonton bermula 23 Mei depan di pawagam seluruh negara.
Filem arahan pengarah blockbuster Polis Evo 2, Andre Chiew bersama Nazim Shah pengarah filem J2: J Retribusi memperlihatkan gandingan pertama kali bintang-bintang hebat tanah air iaitu Datuk Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak dan Ray Dapdap sebagai lima beradik yang membuat perancangan terbesar untuk merompak.

Sinopsis

Kisah The Experts bermula selepas sedekad lima adik beradik meninggalkan kegiatan merompak dan kemudian kembali berkumpul kerana satu ugutan.
Mereka mendapat arahan daripada gangster terkenal untuk melakukan satu lagi rompakan terbesar yang berisiko tinggi. Dalam pada itu, mereka masih dibayangi dendam lama daripada tragedi keluarga serta sejarah kejahatan lalu.
Bagaimana harus mereka berdepan musuh dan melindungi keluarga mereka? Adakah misi ini akan menjadi kali terakhir lima adik beradik ini bersama?

BERITA TRENDING: Di Antara Pertalian Darah & Pertaruhan Berani, ‘The Experts’ Tampilkan Aksi Heist Penuh Bergaya

BERITA TRENDING: The Experts, Filem Aksi Heist Yang Dinantikan 2024! Penonton Teruja Tengok ‘Trailer’ - “Pergh Dah Setandingan American Heist Movies”

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar