Hiburan
Isteri Pejabat; Normalisasi Atau Ancaman Pada Rumah Tangga?
Fenomena “isteri pejabat” dan “suami pejabat” sering dianggap sebagai gurauan ringan, namun hakikatnya ia boleh menjadi ancaman serius kepada keharmonian rumah tangga.
Kajian menunjukkan bahawa hubungan akrab dengan rakan sekerja berlainan jantina berpotensi menumbuhkan keintiman yang tidak disedari.
Walaupun bermula tanpa niat buruk, hubungan seperti ini mudah melangkaui batas dan menimbulkan pelbagai risiko.
Drama baharu dari Astro Ria, Curang Tanpa Niat, mendalami isu ini dengan penceritaan penuh emosi.
Kisahnya berkisar pada watak Eshaal, yang terjebak dalam hubungan “isteri pejabat” bersama Astrid, sehingga menghancurkan rumah tangganya dengan Elina. Drama ini bertujuan membuka mata penonton tentang bahaya budaya seperti ini.
Bersiaplah untuk mengikuti sebuah drama penuh konflik dan emosi yang bakal menyentuh hati. Curang Tanpa Niat, arahan Eyra Rahman, akan menemui penonton bermula 23 Disember.
Dengan barisan pelakon hebat seperti Shukri Yahya, Mira Filzah, dan Sharifah Sakinah, drama ini membawakan isu kecurangan, kehilangan, serta perjalanan seorang wanita dalam membina semula kehidupannya.
BERITA TRENDING: "Saya Dengar Tajuk Pun Dah Takut, Boleh Ker Curang Tanpa Niat?" - Mira Filzah
BERITA TRENDING: Bakal Gantikan ‘Andai Tiada Dia’, Watak Mira Filzah Dengan Ummi Nazeera Ada Perbezaan - “Tahap Kesakitan Juga Berbeza”
BERITA TRENDING: Mira Filzah Percaya Suami, Tiada Masalah Berlakon Drama Kecurangan - “Saya Sangat Bersyukur Kerana…”
BERITA TRENDING: Astro Raikan Akhir Tahun Dengan Drama Baharu Yang Menarik, Tampil Jalan Cerita & Genre Unik
Melalui kisah Elina yang dikhianati suaminya, penonton akan diingatkan tentang nilai kesetiaan dan ketabahan dalam hubungan perkahwinan.
Jangan ketinggalan menyaksikan Curang Tanpa Niat setiap Isnin hingga Khamis di Astro Ria, atau strim secara eksklusif di Astro Go dan sooka.