Berita
Isteri Pelawak Disyaki Miliki Ganja Tiba Di Mahkamah Seorang Diri
Isteri kepada seorang pelawak yang ditahan di Cyberjaya Sabtu lalu , dilihat tiba di Mahkamah Sesyen Dan Majistret Sepang berseorangan kira-kira 8.30 pagi, Jumaat.
Wanita berkenaan kelihatan gelisah ketika melakukan perbincangan bersama peguam yang mewakili suaminya.
Media mula berkumpul di mahkamah seawal 8 pagi lagi bagi mendengarkan pertuduhan ke atas seorang pelawak yang ditahan kerana disyaki memiliki dedaun kering yang dipercayai ganja seberat 60.3 gram.
Sekadar info, pelawak berusia 41 itu ditahan Sabtu kira-kira pukul 3.10 petang oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang kerana disyaki memiliki dedaun kering atau ganja seberat 60.3 gram.
Ujian air kencing yang dilakukan terhadap artis lelaki itu juga mendapati suspek positif dadah jenis THC.
Pelawak yang juga seorang pelakon itu mendapat perintah lanjut reman selama empat hari selepas tempoh lima hari reman tamat pada Khamis.
Isteri kepada pelawak itu juga dilaporkan akan berjuang menuntut keadilan untuk suaminya.
Must-Watch Video