Laman Utama

Isteri Selamat Bersalin, Azzam Sham Steady Pegang Baby! Senyum Lebar Dah Jadi Bapa - “Alhamdulillah…”

Mya Amri
29/11/2022
01:39 MYT
Sponsor Banner
Isteri Selamat Bersalin, Azzam Sham Steady Pegang Baby! Senyum Lebar Dah Jadi Bapa - “Alhamdulillah…”
Penyanyi dan pelakon Azzam Sham kini bergelar bapa selepas isterinya, Sheryl Shazwanie selamat menimang cahaya mata sulung pada Ahad.
Berita gembira itu dikongsi oleh Azzam dan Sheryl menerusi ruangan Insta Stories milik mereka.
Azzam juga turut menemani isterinya ketika proses melahirkan bayi perempuan sulung mereka.
“27.11.2022, 9.45 pm. Alhamdulillah @sherylshazwanie selamat melahirkan anak sulung kami. Terima kasih kepada semua yang mendoakan,” tulisnya.
Dalam platform yang sama, isterinya yang juga merupakan penyanyi turut berkongsi video pendek terbaharu yang merakamkan Azzam sedang tersenyum lebar sambil memegang anak mereka dengan penuh kasih sayang.
Sebelum ini, Azzam tidak berkongsi berita mengenai kehamilan Sheryl kerana mengikut nasihat keluarga.
Terdahulu, Azzam dan Sheryl selamat bernikah pada 1 Januari lalu di Masjid Nurul Ehsan Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor selepas bertunang pada 30 September tahun lalu.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar