Laman Utama
Isteri Selamat Bersalin, Tegar Kini Bergelar Bapa Di Usia 19 Tahun
Penyanyi Indonesia, Tegar Septian, 19, kini bergelar bapa selepas isterinya, Sarah Sheilka, 23, selamat melahirkan bayi lelaki, baru-baru ini.
Berita gembira itu dikongsi oleh rakan Tegar menerusi akaun Instagramnya diruangan Insta Story.
Rakannya juga turut mengucapkan tahniah buat pasangan berkenaan.
Menerusi foto tersebut, Tegar kelihatan begitu gembira dan tersenyum sambil berbaring di sisi anak lelakinya.
Bagaimanapun pelatun lagu Aku Yang Dulu, Bukanlah Yang Sekarang itu belum mengumumkan nama anaknya.
Terdahulu, Tegar dan Sarah telah mendirikan rumah tangga pada 20 Mac lalu.
Kisah Tegar pernah menjadi tular kerana dia memulakan karier nyanyian sebagai penyanyi jalanan pada usia 11 tahun sebelum menjadi penyanyi terkenal.
Tegar juga sebelum ini mendedahkan pernah mengalami kerugian ratusan ribu ringgit selepas empat kali ditipu individu berlainan ketika mula menceburi industri muzik pada 2013 hingga 2016.