Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Isteri Ubah Imej & Diri Dazrin Kamarudin - ""Itulah Penangan Selepas Kita Berumah Tangga ..."

Zulaikha Yusof 30/08/2020 | 02:28 MYT
Pelakon Dazrin Kamarudin, 32, mengakui isterinya, Nur Fazulin Razali yang mengubah perwatakan dan penampilan dirinya selepas berkahwin.
Menurut Dazrin, selepas dia membina keluarga kehidupannya berubah sepenuhnya jika dibandingkan pada zaman bujang.
"Dia (isteri) yang mengubah imej dan diri saya. Dia (isteri) ubah saya untuk menjadi seorang individu yang lebih efisyen, profesional dan kemas. Ini sisi diri saya yang berbeza.
"Dengan adanya orang rumah dan anak saya, sekarang ini kehidupan saya berubah sepenuhnya.
"Bagi yang mengenali diri saya yang dulu dan diri yang sekarang mungkin nampak sedikit sebanyak perbezaan," katanya kepada Gempak.
Dazrin ditemui ketika Majlis Pelancaran Al Aqsa Pusat Penghabisan Stok (AQSA PPS) serta pelantikan sebagai Pengarah Urusan di Al Aqsa Shah Alam semalam.
Turut sama hadir ke majlis adalah YAM Tengku Temenggong Perlis Dato' Seri DiRaja Syed Amir Abidin Jamalullai ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail serta YM Che Puan Temenggong Perlis Datin Seri DiRaja Farinawati.
Dalam pada itu, Juara Fear Factor Malaysia Musim 1 melahirkan rasa syukur melihat kebahagiaan diri yang sekarang.
"Itulah penangan selepas kita berumah tangga serta juga membina keluarga.
"Alhamdulillah. Kita berubah, hidup kita jadi lebih baik," katanya lagi.
Terdahulu, Dazrin dan Zulin berkahwin pada Mei 2017 di Melaka.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Dasuki Dazrin pada 13 April 2018.
BACA: “Siapa Sangka Pertemuan Di Smule… Yes! True Story!” – Dazrin Terkenang Saat Kenal Isteri
#Kahwin #Kahwin #Isteri #Dazrin Kamarudin
;