Laman Utama
Isu Anak Bising Di Kedai Makan Ibu Minta Maaf, Terangkan Situasi Sebenar – “Yang Gelarkan Anak Saya Binatang…”
Beberapa hari lalu, seorang ibu yang juga pempengaruh atau influencer dikenali sebagai Cikgu Ayu dikecam teruk selepas meminta pelanggan kedai makan sepatutnya membungkus sahaja makanan dan menikmati di rumah sekiranya terasa terganggu dengan ragam kanak-kanak.
Ia berpunca selepas dia meluahkan rasa tidak puas hati apabila ada pelanggan di sebuah kedai makan kurang senang dengan perilaku anaknya yang didakwa membuat bising di premis berkenaan.
undefined Selepas mendapat kecaman dan menjadi mangsa cacian netizen, Cikgu Ayu tampil memohon maaf menerusi satu hantaran di aplikasi TikTok.
Menerusi hantaran berkenaan dia tidak menyangka ramai individu terutama golongan ibu bapa turut membidas dan tidak bersetuju dengan kenyataannya.
“Ya Allah, ramainya parents yang ada anak kecil terkesan. Saya mohon maaf pada semua yang terasa. Isu keluarga yang jeling tu bukan bujang ya, tapi satu family yang jeling.
“Yes, anak saya bukan jenis meragam yang kacau orang. Ada yang cakap saya tak cuba tenangkan (anak), tak bergilir dengan suami. Saya berulang kali bangun, keluar tenangkan anak.
“Orang boleh judge tapi orang tak nampak struggle saya bagi baby diam. Kakak dan Yayang just stay kat tempat diorang je. Yang baby satu tahun enam bulan kalau jegilkan mata pun dia tak faham.
“Kami tak tapau sebab ada satu je lagi makanan yang tak sampai sebab order tercicir. Last-last saya memang tinggalkan kedai makan dan tunggu dalam kereta,” tulisnya awal pagi tadi.
undefined Dalam hantaran sama, Cikgu Ayu mengakui terkilan dengan sikap segelintir netizen yang tergamak mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anak-anaknya.
“Saya minta maaf buat korang yang terasa dengan saya. Yang gelarkan anak saya binatang.. moga kata-kata awak, awak dapat rasa nanti.
“Alhamdulillah, terima kasih semua nasihat dan untuk korang yang menaip tanpa sempadan, moga urusan kalian dipermudahkan.
“Yang mana kedai makan tak bagi kanak-kanak bising, insya-Allah beritahu saya kedai korang. Saya takkan masuk. Maafkan saya sekali lagi dan terima kasih yang bagi teguran. Saya terima dengan hati yang terbuka,” katanya.
Sebelum itu, beberapa selebriti termasuk Betty Rahmad dan Michael Ang turut membidas kenyatannya malah berpendapat sepatutnya ibu itu tahu bagaimana hendak mengawal anaknya bila dikhalayak atau sepatutnya menikmati makanan di rumah sahaja seperti saranannya kepada pelanggan lain.
undefined