Laman Utama

Isu Drama Gay Melayu; Danish Iskandar Mohon Maaf, Pertimbang Ambil Tindakan Undang-Undang

Izwan Isa
10/12/2021
10:25 MYT
Sponsor Banner
Isu Drama Gay Melayu; Danish Iskandar Mohon Maaf, Pertimbang Ambil Tindakan Undang-Undang
Pelakon yang terlibat dalam drama gay Stay Away From Me iaitu Danish Iskandar membuat permohonan maaf dan mengakui tidak menyokong perbuatan hubungan songsang homoseksual seperti yang dilakonkannya dalam drama berkenaan.
BACA: Selepas Kecoh Pelakon Melayu Berlakon Drama Gay, Jakim Putuskan Mahu Rujuk SKMM
Danish, 17, berkata, dia masih naif dan kurang arif dengan selok belok dalam industri, khususnya dalam industri lakonan.
“Saya ingin memohon maaf atas kekhilafan terhadap isu yang tercetus. Kami juga tidak menyokong perbuatan yang ditampilkan dalam drama berkenaan.
“Pada masa akan datang, saya berjanji akan lebih berhati-hati dan meneliti terlebih dahulu jika menerima tawaran daripada pihak produksi,” katanya pada sidang media berhubung isu tersebut di ibu kota sebentar tadi.
Turut hadir peguam Danish, Datuk Wan Azmir Wan Majid dan dua rakan pelakon Rees Iskandar dan Hardy Saiful.
Dalam pada itu, Danish berkata, dia tidak menghiraukan apa yang berlaku dan menyerahkan segalanya kepada pihak peguam.
“Saya tidak mahu fikir dan serahkan segalanya kepada peguam sebab saya tahu apa yang berlaku,” katanya.
Sementara itu, Wan Azmir berkata, pihak anak guamnnya masih mempertimbangkan sama ada ingin mengambil tindakan terhadap pihak produksi drama berkenaan.
“Buat masa ini, kami masih dalam proses eksplorasi. Selalunya jika seseorang artis itu mengambil tindakan undang-undang, ia akan memberi kesan kepada kariernya.
“Anak guam saya masih muda dan kariernya baru bercambah. Jadi jika hal ini berlarutan dan pihak produksi masih menyiarkan video-video drama berkenaan, mungkin kami akan pertimbangkan untuk ambil tindakan,” katanya.
Terdahulu, kecoh dalam kalangan netizen apabila sedutan drama Stay Away From Me yang memaparkan babak homoseksualiti viral di media sosial.
Menerusi komen-komen yang ditinggalkan netizen, rata-rata memberikan respons negatif terhadap video berkenaan dan menganggap ia tidak sesuai ditayangkan untuk tontonan umum.
Dalam masa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersedia untuk merujuk kes tersebut kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membolehkan siasatan dilakukan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad berkata, hal ini kerana ia bertentangan dengan norma dan budaya rakyat Malaysia.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar