Hiburan

Isu Fattah-Fazura, Natasha Elyzza Minta Netizen Diam - “Bila Bersuara Untuk Pertahankan Diri, Dia Disalahkan Sebab..."

Asyraf Roslan
07/10/2024
23:55 MYT
Sponsor Banner
Isu Fattah-Fazura, Natasha Elyzza Minta Netizen Diam - “Bila Bersuara Untuk Pertahankan Diri, Dia Disalahkan Sebab..."
Pelakon, Natasha Elyzza menyelar tindakan netizen yang cuba menyalahkan pelakon, Fazura ketika memberi kenyataan kepada media berhubung isu rumah tangganya bersama bekas suami, Fattah Amin.
Pelakon filem Kimci Untuk Awak itu berkata netizen seharusnya tidak berkata apa-apa yang tidak baik mengenai kehidupan orang lain kerana tidak mengetahui apa yang dilalui mereka.
“Bila dia senyap, dia difitnah. Bila bersuara untuk pertahankan diri, dia disalahkan sebab buka aib.
“Kita macam ni la, kalau tiada benda yang baik untuk diperkatakan, lebih baik senyap sahaja. Kita tak tahu apa yang terjadi dalam kehidupan orang lain, jangan sampai apa yang mulut kita bercakap fasal orang berbalik dekat kita.
“Kita doa yang baik-baik sahaja,” katanya di ruangan komen video Instagram Gempak bertajuk “Saya sudah lakukan semua untuk dia.." - Pengorbanan Fazura, sediakan tempat tinggal & hadiahkan kereta mewah buat Fattah Amin. Komen yang ditulis oleh Natasha dipercayai kerana netizen mula membahas isu rumah tangga Fazura dan Fattah.
Tedahulu, Fattah dan Fazura disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari hari ini.
Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh kira-kira jam 9.45pagi.
Pada 13 September lalu, Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar