Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Isu Gagal Bayar Cukai, Shuib Tak Anggap Pengakhiran Untuk Perniagaannya - "Tuhan Kan Dah Janji…”

Ernalisa 15/11/2024 | 12:25 MYT

Pelakon dan pelawak terkenal Shuib Sepahtu menganggap dia tidak gagal dalam perniagaan, sebaliknya apa yang berlaku merupakan ujian yang harus dihadapinya.

BERITA BERKAITAN:Shuib Syukur Ada Peneman Di Mahkamah, Watie Hanifiah Siap Puasa Sunat - “Nak Minta Kat Allah…”

BERITA BERKAITAN:Anggap Shuib Suami Yang Hebat, Watie Hanifiah Pernah Jadi Seperti Netizen - “Kita Tak Ada Dalam Dunia Mereka…”

BERITA BERKAITAN:Gagal Bayar Cukai Perkhidmatan RM1.6 Juta, Shuib & Pengarah Bubblebee Didakwa 6 Pertuduhan

Dia juga percaya, semua yang berlaku pasti akan membawa kabaikan satu hari nanti.

Akui adakala lelah dengan satu persatu ujian yang melanda, Shuib memberitahu dia tidak akan mengalah dan akan memperbaiki setiap kekurangan dan kelemahan dalam perniagaan yang dilakukan.

"Satu-satu terpaksa saya hadapi. Macam orang cakap kalau kita balik tanah suci pasti ada benda baik mahupun kurang enak untuk diri kita. Tapi sebagai manusia saya tidak boleh lari dengan kedua-dua itu.

"Tuhan kan dah janji setiap ujian yang diberi sebab kuta mampu hadapinya.Itu kita kena percaya.

"Insya-Allah saya ada isteri,anak-anak dan keluarga yang menjadi pembakar semangat saya.

"Sepanjang setiap kes-kes saya. Saya sentiasa memberi kerjasama kepada pihak berwajib," katanya.
Shuib memberitahu perkara itu,ketika ditanya media mengenai status isu dia didakwa gagal membayar cukai RM1.6 juta.
Katanya, perniagaan yang diusahakan sejak beberapa tahun dahulu bersama arwah isteri Siti Sarah bagaimanapun masih berjalan seperti biasa.
"Perniagaan saya baik-baik sahaja.Masih ada permintaan dan ianya tiada apa-apa komen negatif.Semua memang ok.
"Sekarang ini memang kita focus permintaan di Sabah dan Sarawak.Doakan baik-baik untuk saya," ringkasnya.
Semalam, Syarikat Bubblebee Sdn Bhd didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas 18 pertuduhan gagal membayar cukai perkhidmatan termasuk penalti berjumlah RM1.6 juta kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), sepanjang tahun lalu.
Syarikat minuman dan dua pengarahnya, yang diwakili Shuib atau nama penuh Shahmira Muhamad, 40, dan Koh Choon Guan, 33, selaku orang kena saman (OKS) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Rasyihah Ghazali.
Mengikut semua pertuduhan, semua OKS didakwa masing-masing enam pertuduhan, gagal membayar cukai itu bagi tempoh bercukai 1 Januari sehingga 1 November 2023, sebagai mana ditetapkan bawah Seksyen 26(4) akta sama.
Kesalahan didakwa dilakukan di Bahagian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Cawangan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang (LTSAAS) di sini antara 1 April 2023 dan 1 Februari 2024.
Mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 26(8) akta itu, yang memperuntukkan hukuman denda RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Di bawah seksyen 26(10) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 serta Seksyen 69(1) akta sama, mereka turut dikehendaki membayar penalti berjumlah RM453,969.42, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikenalikan Pegawai Pendakwa JKDM, Wan Abdul Rahim Wan Mahamood dan Nur Amalina Ahmad Nazeri sementara semua OKS diwakili peguam, Muhammad Firdaus Shaik Alauddin.
Semasa prosiding, pegawai pendakwa mencadangkan setiap OKS diberi ikat jamin sebanyak RM2,500 bagi setiap pertuduhan dengan alasan, cukai yang belum dibayar adalah tinggi mencecah jutaan ringgit.
Bagaimanapun, peguam yang mewakili OKS berkata, anak guamnya sentiasa memberi kerjasama kepada pihak berkuasa di sepanjang kes ini disiasat selain tiada keadaan mendesak sehingga memerlukan mahkamah menetapkan ikat jamin.
Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Rasyihah membenarkan semua OKS diberi ikat jamin sebanyak RM4,000 bagi semua pertuduhan dan menetapkan sebutan semula kes pada 18 Disember depan.
Pada Isnin lalu, Bubblebee, Shuib dan Koh didenda RM17,500 oleh Mahkamah Majistret di sini atas tujuh pertuduhan termasuk tunggakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tahun lalu.

#Shuib #Isu #Ujian #Yang #anggap #berlaku
;