Isu Hina Islam: “Orang Macam Ni Patut Diajar, Too Much” - Fizo Omar Saran Buat Terapi Mental
Pelakon Fizo Omar memberikan pandangannya terhadap isu tular seorang lelaki biadap yang telah menghina Islam.
Menerusi coretan di akaun Instagramnya, Fizo berpendapat individu itu seharusnya diajar dan memerlukan terapi mental disebabkan tindakan melampaunya.
“Saya rasa dia perlukan terapi mental. Orang macam ni patut diajar. Too much. Saya tertanya-tanya atas alasan apa dia nak muat naik video macam tu?
“Nak cari perhatian atai nak cari fasal? Rasa geram lain macam bila dengar dia cakap fasal agama kita. Bangsa sendiri pula tu.
“Saya rasa pihak berkuasa seharusnya mengambil tindakan terhadapnya yang setimpal supaya selepas ini tak ada orang kurang cerdik nak buat macam ni lagi,” tulisnya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen hantaran berkenaan, rata-rata pengikutnya bersetuju dengan pandangan Fizo.
Terdahulu, baru-baru ini tular satu rakaman video yang menunjukkan seorang lelaki biadab menghina Islam yang telah lantas mencetuskan kemarahan orang ramai.
Bagaimanapun pihak polis berjaya menahan lelaki itu yang didakwa keterlaluan mempersenda dan menghina Allah serta Nabi Muhammad untuk siasatan lanjut.