Isu Komedian Wanita Buka Baju, Shahrol Shiro Bersuara Anggap Sudah Melampau!
Kelmarin kecoh di media sosial apabila muncul seorang stand up comedian wanita melakukan aksi menanggalkan pakaian yang dipakainya di atas pentas mendapat keceman wargamaya.
Begitu juga dengan pelawak Shahrol Shiro antara yang turut mengecam dan mengkritik tindakan wanita berkenaan.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik Shahrol di laman Instagramnya, dia menjelaskan tindakan wanita itu sudah melampui batas sebagai seorang yang beragama islam.
“Nak buat komedi pun ada garisan dan batasnya. Lepasi garisan tersebut adalah menghina dan kamu telah menghina dengan menggunakan konten agama islam.
“Ini betul-betul sudah melampau!! Mohon siasatan terhadap penganjur ‘CrackHouse Comedy Club’ dan stand up comedian yang terlibat dan tindakan tegas harus dilakukan,” tulis Shahrol pada kapsyen.
Sementara itu, seorang pendakwah bebas Iddin Ramli turut berkongsi satu klip pendek yang dimuat naik pada platform yang sama dan menegaskan Agama Islam tidak hina, sebaliknya wanita itu yang kelihatan hina.
“Apa motif dia buat macam tu?
“Meskipun dia cuba menghina agama, namun islam yang mulia ini tidak akan sesekali jadi hina. Tapi yang akan nampak hina adalah wanita itu.
“Dia cakap dia hafaz 15 juzuk Al-Quran, bukan jaminan dia untuk masuk syurga dan bukan jaminan dia lebih memahami agama berbanding kita.
“Hidayah ini milik Allah, Allah boleh beri dan boleh ambil bila-bila masa sahaja,” katanya.
Dalam pada itu, pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan (JAWI) telah menjalankan siasatan awal ke atas isu yang sedang tular ini dan wanita berkenaan akan dikenakan tindakan penjara maksima dua tahun atau denda RM 3,000 atau kedua-duanya sekali sekiranya didapati bersalah.