Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Isu Lelaki Promote Aktiviti Persundalan, Netizen Bincang Apa Jadi Pada 2,051 Subscribers Saluran Telegram?

Izwan Isa 19/01/2024 | 05:55 MYT
Semalam kecoh di laman sosial apabila seorang lelaki berstatus duda ditahan atas dakwaan menjual rakaman video seksnya bersama lebih 20 wanita di laman sosial dan mengaut keuntungan sehingga RM120,000 sejak enam bulan lalu.
Menerusi siasatan pihak berkuasa, suspek mempunyai 2,051 pelanggan untuk pakej 200 video dengan bayaran RM100 dan 622 pelanggan untuk pakej RM20 sebulan bagi 13 video.
Di platform X, ada dalam kalangan netizen tertanya-tanya, apa yang berlaku pada pelanggan-pelanggan saluran Telegram berkenaan, selepas ‘admin’ saluran tersebut didakwa telah dicekup pihak berkuasa.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain sebelum ini berkata, semua pelanggan video suspek adalah rakyat Malaysia daripada golongan lelaki miang dan wanita kesunyian yang memiliki kerjaya dalam bidang profesional seperti doktor, usahawan dan sektor korporat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 372 (1)(e) Kanun Keseksaan atas kesalahan mempromosi aktiviti seks untuk mendapatkan keuntungan dan boleh dihukum penjara selama 15 tahun, sebatan dan denda sekiranya disabitkan kesalahan.

BERITA TRENDING: Netizen Pelik Lelaki Ini Promote Aktiviti Persundalan Di Media Sosial Tanpa Segan Silu – “Beraninya Dia…”

#Duda #Video #Seks #Lelaki
;