Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Isu Panggilan Hitam, Ibu Haneesya Hanee Buat Laporan Polis! Bakal Heret Netizen Ke Mahkamah

Amri Hassan 30/09/2019 | 03:21 MYT
Ibu kepada pelakon dan model Haneesya Hanee, Nor Sakuraneeda nekad membuat laporan polis terhadap pengguna media sosial Twitter yang telah membuli anaknya dengan panggilan 'hitam'.
Kata Nor Sakuraneeda, tindakan itu atas tindakan keterlaluan dua pengguna akaun Twitter yang memperlekehkan Haneesya.
"Saya sudah selesai membuat laporan polis. Selama ini anda bercakap pasal gelap dan pergi kelab tetapi saya reda sebab hakikatnya dia memang gelap dan buat benda salah biarpun video itu bukan pada hari kejadian.
"Saya suruh dia reda dan saya terima apa saja tapi selepas dia berubah dan insaf anda masih menekannya dengan keterlaluan dan menggunakan gambar anak saya untuk buat jenaka bubble tea dan seumpamanya.
"Yang mana saya tidak benarkan untuk buat sembarangan. Anda sangat keterlaluan!" katanya menerusi rakaman video yang dimuat naik di akaun peribadi Haneesya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam video berkenaan, Nor Sakuraneeda menyatakan individu terbabit menyamakan warna kulit anaknya dengan batu hitam yang terletak di Kaabah, Hajarul Aswad.
Malah, pengguna terbabit dikatakan menghina Haneesya dengan mengaitkan tempat tinggalnya di kawasan perumahan flat dan PPRT.
"Ini apa ni, nak hina orang? Pernah tak dia hina kalian, buat salah dengan kalian?
"Ya, dia memperjuangkan individu berkulit gelap sebab saya yang suruh. Ramai yang melalui situasi sama.
"Salahkah kami perjuangkan apa yang perlu supaya anda berhenti melakukannya?" tambah Nor Sakuraneeda.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Susulan laporan polis yang dibuat, pihaknya dan Haneesya meminta agar pengguna akaun berkenaan membuat permohonan maaf dalam tempoh dua minggu sebelum mengheret ke mahkamah.
"Saya beri kalian dua minggu untuk membuat permohonan maaf kalau tak saya bawa kes ini ke mahkamah. Saya tak ada pilihan.
"Sebab Allah beri anak aku peluang, jadi saya beri kalian peluang juga. Tapi kalian melampaulah, dia anak orang, saya ibu dan anda pun ada ibu.
"Dia ada hati perasaan dan dia perjuangkan untuk orang lain. Tapi kalian perjuangkan apa?" getusnya dalam nada sebak.
Sebelum ini, bekas peserta Dewi Remaja 2018/2019 itu meluahkan rasa geram apabila dipanggil hitam oleh segelintir netizen di Twitter.
Tular juga di laman Twitter apabila ada netizen nakal yang bertindak menyunting foto Haneesya dengan pelbagai objek berwarna hitam termasuk hidangan bubble tea, kuih keria dan sebagainya.
BACA: "Daripada Mental Layan Orang Bodoh, Baik Buat Kerja" - Digelar Haneesya Hitam Pula, Netizen Bikin Empunya Diri Amuk
Haneesya antara aktivis yang sentiasa aktif memperjuangkan hak kesamarataan terhadap individu yang memiliki kulit gelap.
Menerusi tinjauan Gempak, kedua-dua pemilik akaun Twitter berkenaan telah membuat permohonan maaf secara terbuka malam tadi.
#Viral #Viral #Haneesya Hanee #Hitam
;