Isu Parcel Tertukar, 4 Pasang Baju Raya Ini Akhirnya Sampai Jua Ke Pemilik Asal...Ambil Masa 2 Jam Perjalanan!
Biarpun apa yang dibeli tidak sama dengan barangan yang tiba, namun ia bukanlah alasan untuk membiarkan barangan diterima terbiar begitu saja.
Malah, atas usahanya memuat naik status di media sosial, barang tersebut sempat sampai ke tangan pemilik asalnya sebelum hari raya pertama lalu.
Itulah situasi yang terjadi kepada seorang gadis yang menerima empat pasang baju raya biarpun hanya membeli botol air secara atas talian.
Kisah Mastura yang meminta bantuan netizen menjejaki pemilik asal baju raya itu sebelum ini viral di Twitter.
BACA: Bingung! Order Botol Air Tapi Yang Sampai 4 Pasang Baju Raya...Siapa Punya Ni?
Menceritakan kepada Gempak, menurut Mastura, barangan berkenaan walaubagaimanapun telah berjaya diserahkan pada Sabtu lalu.
"Nasib baik pemilik baju tu tinggal dalam negeri yang sama. Cuma nak ke rumah saya tu dalam dua jam juga.
"Tapi Alhamdulillah sebelum raya kami berjumpa dan saya sudah serahkan baju raya mereka.
"Dapat la pakai baju raya esoknya," katanya.
Tambahnya, barang asal yang dibeli iaitu botol air telah pun sampai semalam.