Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Isu Parking Van Seniman Di Finas Akhirnya Selesai, Zed Zaidi : “Selepas Membuat Bantahan Kenderaan Itu…”

Asyikin Mayudin 12/02/2023 | 04:50 MYT
Susulan isu kenderaan yang diletakkan di pejabat Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di Hulu Kelang, sebelum ini akhirnya sudah pun selesai.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi berkata, isu itu selesai selepas dia menyuarakan bantahan kepada Kementerian Komunikasi dan Digital.

Finas akhirnya membenarkan kenderaan milik Seniman itu di tapak parkir premis berkenaan selepas empat hari surat dikeluarkan meminta ia dialihkan.

“Dalam masa empat hari isu itu selesai. Alasan yang dikemukakan untuk mengalihkan kenderaan tersebut adalah kerana mengganggu.

“Namun akhirnya selepas membuat bantahan kenderaan tersebut mendapat kebenaran diletakkan di situ. Sudah empat tahun van tersebut di sana.

“Ada juga kenderaan persatuan lain. Tidak ada sebarang masalah pun selama ini. Jadi saya anggap ia sebagai satu masalah peribadi,” katanya.

Zed ditemui ketika majlis makan malam syarikat ZR Cahaya Sdn Bhd yang berlangsung di Serdang pada malam Khamis.

Pada majlis tersebut, Zed yang juga merupakan salah seorang ahli lembaga pengarah ZR Cahaya turut menyapaikan sumbangan sebanyak RM2,000 kepada Persatuan Wartawan & Penulis Hiburan (WHAM).

Sumbangan disampaikan kepada Naib Presiden WHAM iaitu Niezam Abdullah.

“WHAM juga banyak terlibat dengan industri seni dan kami sudah lama bekerjasama,” komennya secara ringkas.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#WHAM #Seniman #FINAS #Finas Seniman #Van Seniman
;