Hiburan

Isu Pempengaruh Anggap SPM Tiada Nilai, Naim Daniel Bidas - “Tak Semua Orang Perlu Buat Podcast”

Mya Amri
24/01/2024
07:55 MYT
Sponsor Banner
Isu Pempengaruh Anggap SPM Tiada Nilai, Naim Daniel Bidas - “Tak Semua Orang Perlu Buat Podcast”
Kenyataan tular berkenaan seorang pempengaruh berkenaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini turut mendapat perhatian pelakon dan penyanyi, Naim Daniel.
Naim menerusi ciapan di aplikasi X membudas kenyataan pempengaruh itu yang seolah-plah memperlekehkan kepentingan SPM.
Naim menyifatkan tidak semua orang layak mengadakan program podcast dan membincangkan tentang isu ilmiah.
“Kita perlu bersetuju yang, tak semua orang perlu buat podcast,” tulisnya ringkas.
Ternyata ciapan Naim itu mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan pendapatnya.
Antara komen yang diterima adalah:
“Podcast sauk sampah-sampah jadi tetamu dan 'tetamu' ni acah sembang berat dan berfalsafah padahal hauk dan menjelikkan akal.
“Kau kata sekolah tu buang masa dan takde value? People like you need to be silenced from all social media platform.
“Kau hina pendidikan asas. Kau hina institusi ilmu. Kau hina guru-guru kami. Kau hina anak-anak yang menuntut ilmu. Kau hina ibu bapa yang hantar anak-anak ke sekolah,” tulis @LaPoca3
“Saya bersetuju dengan Naim,” - komen @MarcSadique
Terdahulu, tular sepotong video yang merakamkan seorang pempengaruh memberikan pendapatnya mengenai peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Pempengaruh itu berpendapat orang ramai sepatutnya memberikan keutamaan terhadap ilmu Allah SWT kerana SPM tidak mempunyai nilai dan dalam kehidupan seseorang.

PILIHAN PEMBACA: Asad Motawh Tak Suka Menunjuk-Nunjuk Rumah Sendiri - "Orang Tetap Mengata Saya Acah-Acah..."

Selain pempengaruh berkenaan, penyanyi As’ad Motawh juga turut dikecam kerana mengeluarkan kenyataan berkenaan pembaziran masa untuk ke sekolah.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar