Hiburan

Isu Perampas: "Kita Tak Boleh Hakimi Sesiapa Pun" - Fasha Sandha

Kamaruddin Razal
04/04/2018
09:00 MYT
Sponsor Banner
Isu Perampas: "Kita Tak Boleh Hakimi Sesiapa Pun" - Fasha Sandha
Isu wanita yang menjadi perampas suami orang masih lagi menjadi bualan hangat ramai pihak.
Ramai yang tampil dengan rumusan tersendiri dan rata-rata netizen menentang perlakuan wanita yang cuba merosakkan kebahagiaan rumah tangga orang lain.
Bertemu dengan aktres Fasha Sandha di majlis sambutan hari lahir Datuk Seri Aliff Syukri semalam, Astro Gempak sempat bertanyakan pendapat penerima trofi Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2017 ini mengenai isu perampas.
"Pendapat saya, kita tak boleh hakimi sesiapa pun sebab kita tak tahu apa sebenarnya yang berlaku dalam sesebuah perhubungan. Kita tak tahu apa cerita sebenarnya, akar cerita itu sendiri kita tak ketahui jadi kita tak boleh hakimi sesiapa pun.
"Kita sebagai manusia biasa tak boleh 'judge' dan menghukum orang kerana kita sendiri tak akan tahu. Mungkin perkara tersebut bakal terjadi kepada anda, kepada keluarga anda, kepada adik anda atau kepada anak anda satu hari nanti, siapa tahu. Jadi lebih baik kita tidak menghakimi dan menjatuhkan hukuman," kata Fasha.
Tambah penerima trofi Bintang Filem MeleTOP Anugerah MeleTOP Era 2017 ini, hanya Tuhan sahaja yang berhak untuk menjatuhkan hukuman serta menghakimi mereka yang terlibat dalam perkara tersebut.
"Sebagai manusia biasa, kita boleh beri pendapat tetapi untuk menghakimi dan menghukum, hanya Allah sahaja yang layak.
"Tak boleh salahkan mana-mana pihak sebab kita sendiri tak tahu apa yang berlaku dalam perhubungan mereka. Manusia hanya melihat permasalahan itu dari sudut luaran tetapi apa yang terjadi di dalam, tiada siapa yang tahu," kata pelakon drama bersiri Syurga Yang Kedua ini lagi.
Di majlis sambutan hari jadi Aliff yang bertemakan Bollywood, Fasha kelihatan anggun bak bintang filem Hindustan mengenakan persalinan serba jingga.
Busana tersebut melayakkan Fasha memenangi hadiah 'best dressed' Queen Of The Night yang disampaikan sendiri oleh Aliff.
"Terkejut, saya tak sangka langsung. Alhamdulillah. Pada awalnya, saya ingat Nur Sajat yang bakal memenangi gelaran Queen of The Night malam ini kerana pakaiannya sangat cantik.
A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on
"Ibu saya yang menyediakan kelengkapan pakaian untuk malam ini dan saya sangat berterima kasih. Hadiah 'best dressed' yang saya terima pada malam ini bakal saya berikan kepada ibu saya," katanya lagi.
Teks oleh: Kamaruddin Razal Foto: Instagram Fasha
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar