Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Isu Ruhainies & Aliff Aziz, Akhirnya Risteena Buka Mulut

Mya Amri 11/03/2024 | 08:55 MYT
Pelakon, Risteena mengakui kontroversi yang melibatkan dakwaan berkhalwat antara adiknya iaitu aktres, Ruhainies dan Aliff Aziz tidak menjejaskan kehidupan hariannya.

Menurut Risteena, adiknya itu berada dalam keadaan baik dan menjalani kehidupan seperti biasa.

“Sejujurnya sedikit pun saya tidak rasa terganggu apabila diserang atau timbulnya spekulasi yang berlaku sekarang.

“Sebab saya faham kehidupan sebagai seorang figura terkenal akan sentiasa berhadapan dengan situasi sekarang.

“Ruhainies sangat okay sekarang dan sangat tenang. Kami menjalani kehidupan seharian kami macam biasa sahaja,” katanya ketika dihubungi Gempak.

BERITA TRENDING: Ruhainies Buka Mulut Isu Khalwat Dengan Aliff Aziz - “Ada Beberapa Kenyataan Yang Kurang Tepat”

Mahu membiarkan Ruhainies dan Aliff menceritakan hal sebenar, Risteena bagaimanapun memberitahu pihak adiknya akan mengambil tindakan terhadap netizen yang menyebarkan fitnah.

“Saya tidak pernah peduli dengan apa yang dikatakan kerana saya lebih mengetahui kejadian yang sebenar yang berlaku.

“Cuma lebih baik saya serahkan pada Ruhainies dan Alif yang menceritakan sebab mereka lebih layak dalam kes ni.

“Cuma netizen perlu berhati hati dalam berkata kata, sebab selepas kes ini selesai, sekiranya ada fitnah dari netizen, akan diambil tindakan pada mereka.

“Pihak Ruhainies telah pun tangkap layar semua fitnah yang dilemparkan buat masa sekarang,” jelasnya.

BERITA TRENDING: Pelbagai Spekulasi Timbul, Ruhainies Tampil Pertahankan Diri - “Ia Sama Sekali Bukan Tangkap Basah…”

Terdahulu, Harian Metro melaporkan adik kepada Bella Astillah iaitu Didi Astillah mengesahkan individu yang dicekup berkhalwat bersama pelakon wanita itu ialah Aliff Aziz.

Menurutnya, dia bersama kakaknya hadir ke pejabat Jawi selepas dimaklumkan mengenai tangkapan yang dibuat pasukan penguat kuasa terbabit.

Kelibat pasangan pelakon, Aliff Aziz dan Ruhainies dilihat menerusi kamera litar tertutup (CCTV) sebuah kondominium mewah di ibu negara yang dirakam pada 25 Februari lalu.

Difahamkan Aliff Aziz dan Ruhainies yang ditahan atas dakwaan berkhalwat pada awal pagi Sabtu sudah dibebaskan dengan jaminan.

Mereka dilaporkan meninggalkan perkarangan pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kira-kira pukul 2 petang, Sabtu.

Ruhainies dan Aliff akhirnya tampil memohon maaf di laman Instastory masing-masing selain memberitahu mereka akan berkongsi kisah sebenar yang terjadi.

#Aliff Aziz #Ruhainies #Risteena
;