Laman Utama

Isu Salah Laku The 1975 Di Festival Good Vibes, Pengerusi ALIFE Akui Ia Kes Terpencil

Izwan Isa
27/07/2023
08:50 MYT
Sponsor Banner
Isu Salah Laku The 1975 Di Festival Good Vibes, Pengerusi ALIFE Akui Ia Kes Terpencil
Pengerusi Persatuan Penggiat Festival Antarabangsa (ALIFE), Para Rajagopal mengakui insiden salah laku band dari England, The 1975 yang berlaku baru-baru ini merupakan satu kes terpencil.
Para berkata, perbuatan jelek seperti apa yang dilakukan oleh The 1975 tidak pernah berlaku, terutama sepanjang penglibatannya dalam pembikinan festival dan konsert yang melibatkan artis antarabangsa.
“Saya rasa apa yang berlaku adalah satu kes terpencil. Kita semua bersetuju tentang hal itu. Sepanjang 30 tahun saya terlibat dalam industri, saya tidak pernah lihat hal seperti ini.
“Beberapa bulan lalu, ramai artis antarabangsa yang datang dan tiada siapa pun yang berperilaku sebegitu.
“Jadi, kita harus move on… industri hiburan juga perlu terus berjalan. Kita jangan duduk di tahun 1975… kita kena kembali ke 2023,” katanya pada sidang media khas yang diadakan di ibu kota sebentar tadi.
Dalam pada itu, proses bayaran balik bagi penonton yang terkesan bakal diumum kelak, memandangkan pihak penganjur masih lagi meneliti cara yang sesuai.
Pada 21 Julai lalu, kerajaan Malaysia menghentikan festival muzik di Sepang dan menyekat kumpulan muzik The 1975 daripada melakukan persembahan kerana ‘tindakan tidak senonoh’ mereka.
Insiden pada malam itu telah mencetuskan kekecohan yang bukan saja menimbulkan kemarahan kerajaan, tetapi komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) berkata, tindakan vokalis Matty Healy dan pemain bass Ross MacDonald boleh mendedahkan mereka kepada diskriminasi.
Susulan daripada itu, penganjur Good Vibes Festival 2023 telah diminta memberi penjelasan susulan aksi kurang sopan dalam konsert yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang itu.
BACA: Fahmi Fadzil Arahkan Batal Serta Merta Baki 2 Hari Good Vibes Festival 2023 - “Saya Juga Menggesa Penganjur Untuk…”
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar