Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Isu Vaksinasi Jadi Ilham, DANGERDISKO Lancar Single Terbaru Astral! Rupanya Dapat Idea Ketika...

Hanafis Haris 17/02/2022 | 13:11 MYT

Siapa sangka tempoh ‘lockdown’ menjadi tempoh ‘azimat’ oleh kumpulan DANGERDISKO untuk berkarya menghasilkan single terbaru berjudul Astra.

Berdepan dengan sebuah cabaran yang baru, ahli kumpulan DANGERDISKO, Farez dan Shah (Shaheed Naz) telah mengambil keputusan untuk berkarya dengan menggunakan sistem baharu.

Menurut seorang daripada ahli kumpulannya Farez, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan aktiviti seni DANGERDISKO agak terbatas.

“Pada Julai 2021, Malaysia sekali lagi melalui perintah berkurung yang ketiga. Pada masa itu, kami dah tak berjumpa dah hampir setahun lebih.

"Sebagai seorang kreatif, perbatasan untuk berkarya ini adalah suatu cabaran yang sangat hebat. Kami juga tidak dapat lakukan persembahan fizikal.

“Oleh itu saya telah sarankan Shah untuk membawa komputer peribadinya ke ladangnya dan kita cuba cara menulis muzik yang baru,” kata Farez.

Sementara itu menurut Shah pula, sekatan pergerakan dan menghadkan pergerakan di antara negeri, keputusan itu secara tidak langsung telah memberikan impak kepada cara DANGERDISKO berkarya.

“Saya tidak dapat ke Kuala Lumpur, jadi kami cuma dapat membuat panggilan Zoom sebulan sekali.

“Selalunya kami berbincang tentang hal keluarga dan kerja.” ujar Shah.

Jelas mereka, tema lagu DANGERDISKO juga sudah mula menunjukkan tanda tanda kedewasaan.

Mereka kini lebih selesa menulis tentang isu isu kehidupan harian, kerohanian dan kesihatan mental.

“Astral ialah sebuah lagu yang diilhamkan oleh isu-isu yang membelenggu vaksinasi.

“Lagu ini menceritakan tentang pilihan dan akibat yang menghantui masyarakat kita.

“Diterbitkan secara independent, lagu tersebut telah diadun dan dimaster oleh DANGERDISKO secara tersendiri dan memaparkan suara latar istimewa daripada Irena Taib (kumpulan The Impatient Sisters).

“Lagu ini juga mempunyai sebuah muzik video animasi yang diterbitkan oleh pereka visual tempatan Metakaji & Hyfy. Video ini telah dibuat secara independent dan dibuat 100% di studio kecil di rumah.

“Proses animasi ini telah mengambil masa hampir empat bulan.

“Kami agak berbangga dengan hasil kerja kami ini. Kami mahukan pendengar muzik kami untuk memahami dan menghayati mesej yang cuba disampaikan dia dalam karya kami ini,” ujar Farez dan Shah.

Untuk makluman, Astral boleh didapati di iTunes, Amazon, Google Play, Spotify, Tidal dan semua platform muzik digital terkemuka.

#Viral #Astral #DANGERDISKO
;