Laman Utama

Isu Video Gelek, Ifa Raziah Mohon Maaf Kepada Kerajaan Melaka! - "Insiden Itu Tak Disengajakan, Ia Berlaku Tanpa ..."

Asyikin Mayudin
30/05/2023
03:51 MYT
Sponsor Banner
Isu Video Gelek, Ifa Raziah Mohon Maaf Kepada Kerajaan Melaka! - "Insiden Itu Tak Disengajakan, Ia Berlaku Tanpa ..."
Susulan tersebarnya video yang disifatkan tidak sopan di acara Starvendor Foodstival Melaka 2023 baru-baru ini, CEO Star Vendors Event Sdn Bhd iaitu Ifa Raziah tampil memberi penjelasan.
Menurut Ifa, insiden itu berlaku tanpa pengetahuan pihaknya namun sudah memberi penjelasan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) selaion memohon maaf secara terbuka kepada Kerajaan Negeri Melaka dan seluruh rakyat Malaysia.
“Kami telah dihubungi pihak Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) susulan aduan orang awam kepada pihak JAIM berkaitan tarian tidak sopan dan menjolok mata dalam konsert yang merupakan salah satu acara di StarVendors Foodstival Melaka 2023 yang berlangsung baru-baru ini.
“Kami telah menjelaskan kepada pihak JAIM bagaimana insiden ini telah terjadi. Insiden tersebut adalah tidak disengajakan dan ia berlaku tanpa pengetahuan pihak Starvendors.
“Segala gerak tari oleh pelaku diatas pentas adalah diluar kawalan kami. Untuk pengetahuan, mereka tiada kaitan mahupun mewakili syarikat kami.
“Oleh itu dengan rasa rendah diri, kami ingin memohon maaf secara terbuka kepada Kerajaan Negeri Melaka dan seluruh rakyat Malaysia khususnya, diatas kekhilafan yang berlaku,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Ifa turut berkata pihak mereka akan lebih berhati-hati dan mengambil perhatian sewajarnya terhadap aduan tersebut selain memastikan perkara itu tidak akan berulang lagi.
“Pihak kami akan mengambil perhatian sewajarnya atas aduan ini dan komited untuk memastikan perkara ini tidak berulang lagi di masa hadapan. Kami sangat berterima kasih diatas teguran yang berikan kepada kami.
“Ianya sebuah teguran yang sangat baik untuk kami ambil perhatian. Sesungguhnya kami amat menyesali apa yang telah berlaku dan kami memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan dengan isu ini,” ujarnya lagi.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar