Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Isu Video Kontroversi Aliff Syukri, Tan Sri Annuar Musa Mohon Warga Seni Supaya…

Hanafis Haris 01/05/2022 | 02:30 MYT

Video muzik lagu Kelepok Raya nyanyian usahawan Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman ternyata mencetuskan pelbagai kontroversi ‘panas’.

Ada yang mendakwa Aliff Syukri mempromosikan aktiviti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di dalam video muzik berkenaan.

Malah, isu berkenaan telah mendapat perhatian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) yang meminta usahawan itu hadir memberikan keterangan berhubung klip video muzik sempena Aidilfiti yang dikaitkan dengan unsur bertentangan dengan norma dan budaya tempatan.

BACA: SKMM Tiada Kuasa Sekat Video Raya Datuk Aliff Syukri

Terbaru, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa tampil menggesa seluruh warga seni tempatan agar lebih sensitif dalam menghasilkan sesuatu karya.

Menurutnya, warga seni harus sensitif terhadap perkara berkaitan adat resam, budaya, agama dan nilai yang patut ditonjolkan menerusi karya masing-masing.

Annuar berkata, kandungan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 juga perlu dipatuhi bagi mengelakkan sebarang isu berbangkit.

“Mereka harus faham kandungan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, terutama sekali Seksyen 233 menggariskan batasan yang mana boleh dianggap melanggar undang-undang.

“Jadi kalau baca sendiri undang-undang, kita tahu masa bila kita terlepas sempadan yang ada

“Mereka perlu ada rasa tanggungjawab dengan menjaga nilai ketimuran, keagamaan dan 3R iaitu Race, Religion dan Royalty.

"Jangan main isu perkauman, keagaaman dan institusi raja-raja. Ini semua perkara yang patut difahami bersama," katanya.

Annuar Musa berkata demikian ketika ditemui pada program Iftar Rumah Prihatin di Hotel Grand Season Kuala Lumpur, baru-baru ini.

#Aliff Syukri #SKMM #Annuar Musa #Kelepak Kelepuk Raya
;