Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

“It’s Like a Bad Dream.. But It’s Real” - Rakan Artis Dedah Ungkapan Bunga Citra Lestari Ketika Dipeluk Erat

Azwa Rahman 19/02/2020 | 06:16 MYT
“It’s like a bad dream.. but it’s real”, itulah ungkapan yang sempat diluahkan oleh Bunga Citra Lestari sewaktu dipeluk erat oleh rakan artis yang lain ketika majlis pengkebumian Allahyarham Ashraf Sinclair.
Menerusi laman sosial Twitter, penyanyi Andien Aisyah berkongsi momen tersebut beserta sekeping foto pusara Ashraf.
“Selamat jalan, Ashraf. Bunga dan Noah yang tabah ya. Satu hal yang terngiang-ngiang terus semasa Bunga memeluk saya dan beritahu “It’s like a bad dream Ndien.. But it’s real”.. Aku speechless,” tulis penyanyi itu menerusi satu kicauan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Foto tersebut merakamkan wajah Bunga kelihatan pasrah dengan mata yang bengkak dalam persalinan serba putih.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan balas, ramai yang turut bersedih dan merasa kehilangan setelah pemergian aktor kelahiran Malaysia itu.
“Pandangannya kosong. Lebih parah jika otaknya dipenuhi memori masa lalu. Ya Allah, kuatkan mereka,” tulis seorang wargamaya.
“Dari yang baru saja kehilangan, terpisah dunia. Mimpi buruk itu akan terus dan terus, dunia terasa gelap, sampai tak tahu lagi bila terang akan datang,” luah seorang wargamaya.
“Serindu apa pun, tak kan bisa bertemu lagi,” komen seorang wargamaya.
“Sedih sangat. Aku yang tak kenal tapi peminat diorang pun sama ikut rasa kehilangan. Semoga Bunga dan Noah diberi kesabaran,” pinta seorang wargamaya.
Kicauan Andien sehingga kini telah menerima hampir 25,000 ulang kicau dan lebih 60,000 tanda suka daripada warga Twitter.
Ashraf Sinclair, 40, dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 4.00 pagi (waktu tempatan) pada selasa.
Ashraf dikebumikan di San Diego Hills, Kerawang, Jawa Barat, Indonesia.
#Indonesia #Kematian #Malaysia
;