Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“It’s Boy Again! Mommy Kekal Jadi Queen & Princess” – Syukur, Tasha Manshahar Selamat Bersalin Anak Kedua

Mya Amri 15/11/2021 | 23:04 MYT
Penyanyi, Tasha Manshahar selamat melahirkan putera keduanya pada Isnin.
Berita gembira itu dikongsi Tasha menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram dan Insta Story.
Bagaimanapun kata Tasha, dia masih memerlukan rehat secukupnya selepas bersalin.
“Alhamdulillah, saya dah selamat bersalin siang tadi (semalam). Syukur, kedua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat cuma mommy perlu rehat.
“It’s a boy again. Apa yang bagus tentangnya? Mommy masih kekal menjadi queen dan princess dalam keluarga kecil kita,” guraunya.

A post shared by @tashamanshahar

Dalam pada itu, suami Tasha yang juga merupakan pengacara, Raqib Majid juga melahirkan rasa gembira dengan kehadiran anak keduanya.
“Isteri tercinta saya @tashamanshahar selamat melahirkan putera kami yang kedua siang tadi.
“Terima kasih Allah mengurniakan seorang lagi hulubalang untuk dedi dan momi yang akan berjasa pada keluarga, agama dan bangsa,” coretnya ringkas.

A post shared by Raqib Majid (@raqibmajid)

Tasha dan Raqib mendirikan rumah tangga pada 8 september 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muamar Rafiqi, 3.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
#Bersalin #Anak lelaki #Tasha Manshahar #Raqib Majid #Artis Bersalin
;