Laman Utama
“Itu Pipi Ke Kuih Pau?” - Hampir Tamat Pantang, Siti Nurhaliza Belanja Foto Terbaru Muhammad Afwa, Comelnya!
Penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal menamatkan tempoh berpantangnya tidak lama lagi.
Menerusi laman sosial Instagram, Siti atau lebih mesra disapa Tokti turut berkongsi foto terbaharu anak lelakinya, Muhammad Afwa yang kini sudah memasuki usia sebulan.
“Dah sebulan tiga hari, alhamdulillah,” tulis Tokti ringkas di bahagian kapsyen.
Menerusi perkongsian itu lagi, Tokti yang terbaring di sisi Afwa merenung puteranya dengan penuh senyuman dan kesyukuran.
Namun, apa yang mencuit hati wargamaya adalah wajah comel Afwa dengan pipi yang menggebu kemerah-merahan.
Ruangan komen foto Afwa tersebut turut dihujani dengan pujian serta kata-kata positif buat Tokti.
“Inilah si comel pipi merah,” kata seorang wargamaya.
“Syukur alhamdulillah, semoga kak Iti sekeluarga sentiasa dirahmati Allah, amin,” komen seorang wargamaya.
“Masya-Allah chubbynya pipi tu,” tulis seorang wargamaya.
“Alhamdulillah tak lama lagi dah nak habis pantang,” sokong seorang wargamaya.
“Ya Allah itu pipi ke kuih pau?” usik seorang wargamaya.
“Rasa sekejap je tengok orang dalam pantang,” ujar seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima lebih 150,000 tanda suka daripada pengikutnya.
Sekadar info, Siti selamat melahirkan Afwa seberat 3.84 kilogram (kg) melalui pembedahan pada 19 April lalu di sebuah pusat perubatan di Selangor.
Sementara itu, tiga tahun lalu, Siti dan suami dikurniakan anak sulung, Siti Aafiyah Khalid.