Laman Utama
“Itu Pun Ada Mulut Lah*nat Yang Cakap Gemuk Gila Kau Sekarang Eh?” Fazley Rengsa Kenalan Asyik Kritik Saiz Tubuhnya
Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob melahirkan rasa sedih mengenangkan ramai yang pernah melontarkan tohmahan berbentuk bodyshaming terhadap dirinya sejak sekian lama.
Menurut Fazley, pelbagai bentuk bodyshaming pernah diterima dan ia selalunya datang daripada hampir semua lapisan masyarkat.
“Kurus salah, gemuk pun salah? Macam-macam dah betuk bodyshaming saya pernah kena. Tukang bodyshamingnya? Mak cik, pak cik, kakak, abang - basically hampir semua lapisan masyarakat ada yang jenis mulut tak ada insurans.
“Dulu masa saya badan sekeping (saya jogging 10KM setiap hari), orang cakap: ‘Kau sakit ke bro?’
“Ada juga dalam kalangan rakan-rakan cef yang tegur: ‘Kau kurus sangat bhai, orang tak makan food yang cef kurus masak. Kan mat salleh cakap, don’t trust a skinnt chef!’.
“Macam-macam kan?” tulis Fazley.
Penyanyi lagu Asmara Ini itu menambah, dia kini dalam proses membesarkan badan sedikit dan mengunjungi gimnasium enam kali seminggu.
“Sekarang saya cuba besarkan badan sikit, saya ke gimnasium enam kali seminggu, join Muay Thai empat kali seminggu dan badminton tiga kali seminggu.
“Itu pun ada juga mulut-mulut lahatan yang cakap: ‘Gemuk gila kau sekarang eh? Tak nak diet ke?’” ungkapnya.
Fazley menambah, dia mengakui berasa penat sentiasa dikritik mengenai perubahan size tubuhnya.
“Penatlah woi asyik kena sound je! Hahaha suka hati aku lah, nak gemuk ke nak kurus ke nak ada muscle ke! Korang ada tak kena benda yang sama?” tutup Fazley.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!