Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Itu Semuanya Fitnah” – Salina Saibi Sedih Khabar Angin Tidak Benar Tentang Ibu Tersebar

Shahrin Zulkifle 28/09/2022 | 05:00 MYT
Pelakon Salina Saibi memaklumkan dakwaan yang dikeluarkan sesetengah pihak mengatakan ibunya telah jatuh sakit adalah tidak benar.

Jelas Salina, khabar angin mengenai ibunya jatuh tandas adalah fitnah semata-mata, sebaliknya ibunya berada dalam keadaan baik dan sihat.

“Untuk pengetahuan semua mak Salina sihat walafiat, gossip pasal jatuh toilet sampai berdarah kepala itu semuanya fitnah,” kongsi Salina menerusi hantaran terbaharu di Facebooknya.

Tambah Salina, dia berasa kesal dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab memandangkan kejadian tersebut bukanlah yang pertama kali terjadi.

Malah pelakon yang terkenal dengan drama Gerak-Gerak Khas itu mengingatkan orang ramai agar membuat pengesahan terlebih dahulu sebelum menyampaikan sesuatu berita.

“Dulu sebarkan Salina Saibi meninggal, sekarang mak saya pula. Jangan la macam itu, kesian mak saya.

“Apa-apa maklumat terus telefon dan personal message, siasat dulu sebelum sebarkan perkara tidak benar.

“Allahuakbar, sedih sangat saya dengar mak voice over bagitahu tadi sampai menangis,” tambahnya.

Sementara itu, beberapa pengguna Facebook yang singgah ke ruangan balas turut bersimpati dengan situasi yang menimpa Salina.

Malah, ada juga yang meluahkan rasa geram kepada pihak yang menyebarkan khabar angin yang tidak sahih itu.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Salina Saibi #Fitnah #Gerak-Gerak Khas
;