Viral
“Itu Wife Saya, Suka Hati Nak Reveal Atau Tidak” - Andika Putera Ada Sebab Tak Dedah Wajah Isteri
Personaliti media sosial sensasi, Andika Putera mempunyai sebab tertentu untuk tidak mendedahkan wajah isterinya.
Ada sebab tertentu tak dedah wajah isteri
Andika menerusi Instagram Story terbaharu menjawab persoalan itu selepas ditanya sendiri oleh pengikutnya.“Itu bini saya, itu wife saya, suka hati saya nak reveal atau tidak. Itu semuanya pilihan saya sendiri.
“Kenapa tak reveal? Atas hal privasi sendiri yang saya pilih,” maklumnya.
Orang luar yang sebarkan wajah isteri
Dalam pada itu, Andika juga menegaskan meskipun terdapat pihak ketiga (orang luar) yang telah menyebarkan gambar isterinya tanpa izin, namun dia menganggap perkara itu sebagai sesuatu di luar kawalannya.“Oh muka semua dah tahu, itu pihak ketiga yang saya tak boleh nak kontrol di mana tanpa keizinan saya pun mereka post dan sebagainya.
“Saya pun dah jangka benda ini akan berlaku juga, kita tak boleh nak kawal, tapi di pihak saya, saya akan jaga, insya-Allah.
“Jadi kenapa tak reveal? Atas hak personal privasi sendiri,” jelasnya.
ARTIKEL BERKAITAN:Andika Putera Turun 23 Kg, Tegangkan Kulit & Serlahkan Jawline - "Insya-Allah Wajah Akan Kelihatan Seperti Gaya Old Money"
ARTIKEL BERKAITAN:“Aku Join Sebab Duit, Dia Bagi RM100…” - Ahli Kelab Old Money Dakwa Dibayar Andika Putera
ARTIKEL BERKAITAN:“Andika & Wak Doyok Pun Boleh Kalah” - Gantikan Knitted Sweater Dengan Seluar Di Bahu, Netizen Tinggal Komen Lucu Di TikTok Aeril Zafrel
Sekadar info, Andika baru-baru ini menamatkan zaman duda selepas mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan wanita pilihan hatinya.
Terdahulu, Andika pernah mendirikan rumah tangga dengan personaliti media sosial Ananda Natasha namun mereka bercerai selepas empat tahun. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Alisha Puteri.