Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Gaya Hidup

"Itulah Ucapan Saya & Tak Fikir Itu Salah," - Tun Mahathir Pertahan Kenyataan Melayu Malas

Hanafis Haris 08/10/2019 | 11:39 MYT
Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mempertahankan kenyataan ‘Melayu malas’ yang beberapa kali diungkap oleh beliau termasuk pada Kongres Maruah Melayu (KMM) pada Ahad lalu.
Menerusi laporan Astro Awani, Perdana Menteri itu menegaskan, tiada cara lain untuk menjadi seseorang itu lebih baik selain menegur kesilapan yang dilakukan.
“Saya ingin cakap kebenaran. Kalau saya dapati ada orang tak nak kerja. Kalau tak nak kerja bermakna dia tak ada minat. Kalau kita tak boleh tegur orang, macam mana nak betulkan orang? Kalau dia buat salah pun kita puji, itu salah.
“Saya cuma kata, maruah orang Melayu ini akan dipulih semula oleh orang Melayu sendiri. Kita tidak boleh harap kepada orang lain, tidak pun boleh harap kepada Kerajaan.
“Itu isi kandungan ucapan saya dan saya tak fikir saya buat sesuatu yang salah,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan wartawan sama ada beliau sedia henti keluarkan sebarang kenyataan sedemikian seperti yang disebutkan dalam amanatnya pada KMM.
Media melaporkan, kenyataan Dr Mahathir dikritikan penganalisis politik yang menggesanya mengelak dari merendah-rendahkan orang Melayu.
Sumber : Astro Awani
#Malaysia #TunM #Melayu
;