Laman Utama

Izinkan Anak Perempuan Rai Parti Bikini, Netizen Kecam Aamir Khan - "Memalukan, Macam Bogel Sebelah Mak Ayah Sendiri"

Amri Hassan
10/05/2022
05:55 MYT
Sponsor Banner
Izinkan Anak Perempuan Rai Parti Bikini, Netizen Kecam Aamir Khan - "Memalukan, Macam Bogel Sebelah Mak Ayah Sendiri"
Media sosial dibanjiri dengan komen-komen negatif daripada netizen, menegur dan mengkritik tindakan pesohor Bollywood, Aamir Khan yang membenarkan anak perempuannya, Ira Khan menyambut hari jadi bertemakan parti bikini.
Menerusi foto yang disiarkan sendiri oleh Ira, 25, di platform Instagramnya pada Isnin, gadis itu berkongsi koleksi foto-foto yang dirakamkan pada parti hari harinya pada hujung minggu lalu.
Pada parti itu, Ira yang hanya mengenakan bikini turut diraikan bersama rakan-rakannya sambil mandi-manda di dalam kolam renang di kediamannya.
Aamir juga hadir diiringi anak lelakinya, Azad Rao Khan menyambut hari jadi Ira bersama-sama dengan bekas isteri, Reena Dutta.
Tindakan Aamir yang meraikan parti hari jadi dengan pakaian mencolok mata itu kurang disenangi dengan peminatnya yang turut meluahkan kekesalan itu di media sosial.
"Mereka ni muslim? Menyambut parti hari jadi tepi kolam renang," tulis seorang pengguna di Facebook.
Tambah pengguna lain pula; "Anak perempuan seakan-akan berbogel dengan mak ayah, mereka patutnya rasa malu."
"Anak perempuan mana yang sanggup berdiri sebelah bapanya dengan hanya berbikini? Lelaki ini adalah pengaruh tak baik kepada generasi muda. Membenarkan hal ini sama seperti meruntuhkan industri dan budaya Bollywood," ciap pengguna lain di Twitter pula.
Malah, ada yang mendakwa Ira cuba meraih populariti dengan cara mengaibkan apabila sanggup menyambut hari jadi dengan pakaian sedemikian.
"Wajahnya tidak cukup bagus jadi dia cuba mencari glamor dengan mendedahkan tubuh badan," tulis individu lain.
Aamir dan Reena Dutta mendirikan rumah tangga pada 1986 dan telah bercerai pada 2002 sebelum berkahwin dengan Kiran Rao.
Pada Julai tahun lalu, Aamir dan Kiran Rao telah mengumumkan telah bercerai namun bersepakat untuk bersama-sama membesarkan anak lelaki mereka, Azad.
Sumber: OpIndia
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar