Laman Utama

Jaclyn Victor Gembira Iftar Bersama Ahli Kelab Peminat Beragama Islam, Siap Ada Yang Datang Dari Pahang & Johor

Shahrin Zulkifle
28/03/2023
14:00 MYT
Sponsor Banner
Jaclyn Victor Gembira Iftar Bersama Ahli Kelab Peminat Beragama Islam, Siap Ada Yang Datang Dari Pahang & Johor

Penyanyi bervokal lantang, Jaclyn Victor meluahkan rasa gembira apabila berpeluang menghadiri majlis berbuka puasa bersama ahli kelab peminatnya, JvStars yang beragama Islam baru-baru ini.

Kata Jaclyn, 44, majlis tersebut juga dianggap sebagai meet and greet bersama peminat yang telah menyokong perjuangannya sepanjang berada di pentas Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9).

“Habis sahaja GV, saya tidak sempat buat meet and greet bersama kelab peminat saya, jadi memandangkan sekarang bulan puasa, saya rasa ini adalah waktu yang terbaik untuk bersama dengan mereka yang selama ini banyak menyokong saya.

“Rasa seronok apabila dapat bersama-sama peminat yang muslim untuk berbuka puasa hari ini,” katanya kepada Gempak.

Majlis berkenaan telah diadakan dengan penuh meriah di Ampang Glasshouse, Kuala Lumpur pada Ahad.

Sementara itu, menurut ketua kelab JvStars, Yana Othman akui terharu dengan sambutan yang diberikan oleh ahli kelab selain bersyukur majlis berjalan dengan lancar.

“Majlis ini untuk meraikan GV hari itu dan dalam masa sama dapat berkumpul dengan semua ahli kelab peminat Jaclyn, JvStars.

“Saya sangat bangga dan dalam masa terharu melihat ada peminat yang sanggup datang dari Pahang, Johor dan beberapa negeri lain untuk bersama-sama pada majlis hari ini.

“Insyallah, majlis sebegini akan menjadi acara tahunan untuk kami, ahli kelab peminat Jaclyn. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Terima kasih JvStars,” ujarnya.

Pada majlis tersebut, pelbagai aktiviti menarik dijalankan termasuk sesi cabutan bertuah, karaoke, pertandingan best dress code dan banyak lagi.

Turut memeriahkan majlis pada malam itu dengan kehadiran penyanyi Aisha Retno dan ditemani ibunya.

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar