Laman Utama

Jadi Bos Pun Nadiyah Shahab Ambil Gaji RM1,500 Sebulan, Rela Bayar Gaji Staff Lebih 3 Kali Ganda

ZULHILMI JALIL
30/01/2021
01:50 MYT
Sponsor Banner
Jadi Bos Pun Nadiyah Shahab Ambil Gaji RM1,500 Sebulan, Rela Bayar Gaji Staff Lebih 3 Kali Ganda
Pelakon dan usahawan Nadiyah Shahab akhirnya mendedahkan dia hanya mengambil wang gaji bulanan sebanyak RM1,500 sebulan sahaja menerusi syarikat yang dibangunkan, Absolut Brands Sdn. Bhd.
Bahkan, menurut Nadiyah, gaji tersebut juga hanya diambil selepas dua tahun mengusahakan perniagaan berkenaan bersama suami, pelakon Ben Ali.
"Selepas dua tahun baru saya ambil gaji RM1,500 sahaja. Staf kami ada yang saya gajikan RM5,000, ada yang RM4,500.
"Runner kami pada satu tahap bawa balik rumah RM8,000 ke RM10,000 sebulan sebab banyak sangat penghantaran, tapi saya dan Ben hanya ambil RM1,500 untuk diri kami," katanya.
Sebelum ini, Ben juga pernah mengakui mengambil gaji bulanan rendah, namun, tidak mendedahkan secara terperinci jumlah pendapatan bulanan yang diterimanya.
BACA: Ambil Gaji Bulanan Rendah, Ben Ali Sengaja Praktikkan Hidup Bersederhana - "Kami Juga Sesak Sama Seperti Orang Lain"
Kata Nadiyah lagi, di awal dua tahun permulaan bisnes, dia juga tidak mengambil langsung pendapatan hasil perniagaannya.
Bahkan, dia terpaksa menggunakan wang hasil kerjaya seninya untuk menampung kos operasi perniagaannya.
"Kalau kalian nak tahu, untuk dua tahun pertama, Absolut Chocolat wujud, saya tak ambil gaji langsung untuk diri saya. Tidak walau satu sen.
"Malah, saya tambah lagi untuk syarikat ada lah menggunakan pendapatan daripada penggambaran, reviu dan lain-lain," katanya menerusi satu entri di Instagram Story.
Jelasnya lagi, kesanggupan tersebut dilakukan kerana memikirkan keutamaan para pekerjanya.
"Kita fikir, kita pandai cari pendapatan lain. Baru tahun ini, apabila auditor kata sebagai Pengarah (syarikat) kami tak boleh dapat rendah daripada pekerja, baru kita ambil lebih sikit.
"Keutamaan kami ialah para pekerja yang bekerja siang dan malam untuk membangunkan Absolut," katanya.
Menerusi Absolut Brands, Sdn. Bhd. pasangan selebriti itu mengusahakan Absolut Chocolat, Absolut Festivaala dan Absolut Management.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar